Yamaha NMax 125, 155 2021 dilancarkan di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha Eropah melancarkan skuter baharu NMax 2021 sebagai sebahagian daripada barisan model 'Urban Mobility' dengan dua varian enjin ditawarkan, iaitu 125 cc dan 155 cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model skuter ini menampilkan rekaan panel luaran serba baharu, dimulakan dengan lampu utama berkembar dengan lampu nyalaan siang, lampu membelok di bahagian bawah reraup, dan unit windshield yang lebih tinggi.

 


Dari segi penawaran, kedua-dua NMax 125 cc dan Nmax 155 cc datang dengan fungsi start/stop, kawalan cengkaman, sistem pencahayaan LED, sistem bantuan Smart Key, sambungan kepada Bluetooth, soket kuasa dan kapasiti tangki bahan api sebesar 7.1 liter yang membenarkan jarak perjalanan sejauh 300 km.

Selain daripada itu, Nmax 2021 juga turut dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran, dan paparan monokrom LCD serba baharu yang turut menyokong sambungan kepada aplikasi Yamaha MyRide.

 


Unit kuasa pula terdiri daripada enjin 125 cc yang menghasilkan 12 hp dan 11.2 Nm, manakala enjin 155 cc pula menghasilkan 14.8 hp yang dipadankan dengan sistem transmisi automatik V-Belt.

Sebelum ini, versi facelift Yamaha Nmax telah pun dilancarkan di Indonesia pada penghujung tahun yang lalu, diikuti pasaran Thailand pada April 2020.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, Yamaha NMAX 2023 masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 155 cc SOHC 4 injap…
Berita Global
Turut dilengkapi ialah Smart Motor Generator untuk enjin yang senyap dan rendah getaran ketika…
Berita Global
Sekali imbas, tidak banyak perbezaan yang dibawakan namun model facelift ini sebenarnya bawak…