Wabak COVID-19: Malaysia Autoshow 2020 ditunda

oleh SALINA JALIL|
Sejak semalam beberapa acara motorsport telah memaklumkan tentang pembatalan perlumbaan mereka, kali ini Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sebagai penganjur Malaysia Autoshow 2020 pula melaporkan tentang acara mereka yang terpaksa ditunda ke bulan Julai.


Langkah ini terpaksa diambil memandangkan penularan wabak novel coronovirus atau pun Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Malaysia Autoshow 2020 sepatutnya berlangsung pada 9-12 April.

 

Acara berkenaan terpaksa ditunda sebagai langkah berjaga-jaga, malah keputusan tersebut dibuat demi keselamatan dan kesihatan semua pelawat termasuk peserta pameran. MARii turut memaklumkan, acara berkenaan mungkin akan dilangsungkan pada 2-5 Julai 2020, di lokasi yang sama iaitu Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

 

Sebelum ini, Careta telah melaporkan tentang perlumbaan berskala besar, seperti MotoGP Qatar dan MotoGP Thailand turut dibatalkan akibat penularan wabak ini. Kami jangkakan beberapa acara besar yang lain juga bakal turut membatalkan acara mereka tidak lama lagi. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kawalan pergerakan yang dinamakan "circuit breaker" yang diumumkan dua minggu lalu sepatutnya…
Berita Domestik
  "Kalau kita dapati mereka bersalah dalam hal-hal yang lain kita akan ambil tindakan seperti…
Informasi
  “MAM akan terus memantau situasi semasa dan sentiasa memaklumkan maklumat terkini kepada…