COVID-19: Aktiviti sukan pemotoran ditangguh

oleh SALINA JALIL|
Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) memutuskan untuk menangguhkan semua penganjuran aktiviti sukan permotoran ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.


Menurut MAM, dalam kenyataan hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat daripada kerajaan Malaysia, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

 

“MAM akan terus memantau situasi semasa dan sentiasa memaklumkan maklumat terkini kepada komuniti sukan permotoran .

 

“Kami berharap semua dapat mengambil langkah pencegahan yang lebih rapi dan menjaga kebersihan sepanjang tempoh ini,” kata MAM.

 

Semalam, kerajaan memutuskan supaya semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April berikutan penularan COVID-19.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik.

 

prix

 

Sementara itu, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) juga membuat keputusan untuk membatalkan atau menangguhkan semua acara yang berlangsung di Litar Sepang hingga ke satu masa yang akan ditentukan kemudian.

 

Keputusan dibuat ini menyebabkan penganjuran perlumbaan ujian GT Asia, penganjuran Malaysia Speed Festival (MSF) dan Desmo Cup, dibatalkan.

 

Sementara itu, pusingan pertama dan kedua Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) yang dijadualkan pada 27 hingga 29 Mac dan 10 hingga12 April dan pusingan pertama Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) (3 hingga 5 April) akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut beliau, keputusan itu bukan sekadar melanjutkan penganjuran acara berprestij berkenaan,…
Berita Domestik
"Saya sudah berjumpa dengan Dorna dan menyatakan hasrat kerajaan untuk memperbaharui kontrak,"…
Informasi
"Walaupun kita tidak mencapai sasaran 200,000 orang, Alhamdulillah sambutan tetap menggalakkan.…