"Kalau kita dapati mereka bersalah dalam hal-hal yang lain kita akan ambil tindakan seperti biasa, kalau kita jumpa kesalahan yang lain contoh kereta tiada cukai jalan kita tetap ambil tindakan.
"Tetapi yang paling penting tugas polis sekarang adalah untuk memberitahu mereka supaya duduk di rumah untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan virus Covid-19," katanya ketika ditemui pemberita ketika membuat sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Tun H.S. Lee, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mazlan menasihatkan orang ramai untuk membeli barangan keperluan harian pada sebelah siang dan mengelakkan membelinya pada sebelah malam.
"Polis mendapati orang ramai banyak menggunakan alasan untuk membeli barangan keperluan untuk keluar rumah.
"Malam-malam baru nak beli macam sengaja cari alasan nak keluar rumah, sekiranya tiada apa-apa keperluan tidak perlu keluar rumah.
"Buat masa ini Polis Kuala Lumpur tidak menerima sebarang aduan mereka yang melanggar arahan perintah ini, tetapi sekiranya ada yang melawan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," jelas beliau.
Sumber: Astro Awani