COVID-19: Singapura lanjutkan tempoh kawalan pergerakan hingga 1 Jun

oleh HEZERI SAMSURI|
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa kawalan berkurung negara itu akan dilanjutkan sehingga 1 Jun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kawalan pergerakan yang dinamakan "circuit breaker" yang diumumkan dua minggu lalu sepatutnya berakhir pada 4 Mei.

Pengumuman itu dilakukan setelah kementerian kesihatan negara kepulauan itu mengesahkan tambahan 1,111 kes coronavirus, menjadikan jumlah kesemua kes wabak pandemik itu kepada 9,125 kes.

Majoriti kes terbaharu itu membabitkan pekerja-pekerja asing yang tinggal di asrama.

Singapura menggunakan tenaga asing dari Asia untuk bekerja di sektor binaan.

Ini ialah kali kedua Singapura mengumumkan pertambahan kes lebih dari 1,000 dalam masa sehari.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…