VW Arteon Big Sur - konsep one-off dengan wrap Forest Green, rim 20 inci Rotiform

oleh Mohamad Hanif|
Keluar sahaja daripada barisan produksi, Volkswagen Arteon merupakan salah satu sedan yang paling cantik pernah dihasilkan oleh VW.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Namun, Volkswagen baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai Arteon Big Sur sebagai penambahan terbaharu ke dalam senarai Enthusiast Fleet 2021.

 


Nama Arteon Big Sur dipilih bersempena dengan kawasan persisiran pantai California dan membawakan hasil kerja wrap berwarna Forest Green kepada model asal Arteon SEL Premium R-Line sebelum diakhiri dengan pemasangan rim Rotiform TUF-R monoblock bersaiz 20 inci hitam berkilat.

Selain daripada itu, terdapat beberapa penambahan seperti splitter hadapan kustom, skirt sisi, spoiler, serta penggunaan suspensi gegelung bagi merendahkan lagi ketinggian sedan ini.

 


Projek one-off ini merupakan kerjasama antara Volkswagen Enthusiast dengan Rory Stramer dari Motorsport Marketing Specialist dan Gil Plasencia dari FMS Automotive, dibantu oleh Jason Whipple dari Rotiform.

Secara keseluruhan, proses membalut wrap Arteon ini mengambil masa kira-kira 50 hingga 60 jam bagi memastikan hasil kerja seakan kereta ini baharu dicat.

 


Menurut Placencia, penggunaan suspensi baharu itu merendahkan ketinggian kereta sebanyak satu inci setengah, dan boleh direndahkan lagi sehingga dua inci setengah.

Apa yang pasti, hasil kerja Arteon Big Sur ini bakal membuatkan ramai terliur melihatnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…
Berita Domestik
Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang…