VPCM hentikan pengeluaran VW Passat, Arteon jadi sedan terakhir VW dalam pasaran

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Menurut laporan dari rakan media paultan.org, VPCM telah mengesahkan bahawa jualan model Passat telah dihentikan untuk pasaran Malaysia, laman web rasmi Volkswagen juga telah mengeluarkan model tersebut dari senarai rasmi jualan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang menjadi pilihan utama bukan sahaja di Malaysia, malahan memberi impak kepada pasaran seluruh dunia.

 

2

 

Pada tahun 2022, Volkswagen untuk pasaran di UK juga telah menghentikan pengeluaran bagi model sedan Passat dan hanya menjual varian wagon sahaja.

Generasi terakhir Passat yang ditawarkan di Malaysia sebelum ini didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Elegance (190 PS/ 320 Nm) dan varian R-Line (220 PS/ 350 Nm).

 

3

 

Model Passat telah mula memasuki pasaran Malaysia sebagai unit CBU dan pada 2012, Passat B7 telah menjadi model CKD pertama Volkswagen di kilang pemasangan DRB-Hicom, Pekan.

Bagi anda yang masih menginginkan sebuah sedan dari Volkswagen, Arteon merupakan satu-satunya pilihan tunggal, Arteon juga merupakan model yang dipasang secara CKD di kilang DRB-Hicom di samping model Golf dan Tiguan.

 

Sumper: paultan.org

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…