Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback tersebut telah pun siap dipasang pada tahun 2023 di kilang Emden, Jerman.
Namun begitu, disebabkan masih lagi wujud permintaan, Volkswagen akan terus kekal menghasilkan varian wagon Arteon Shooting Brake di kilang pemasangan Osnabrück sehingga tahun 2026.
Sementara itu, ruang kosong yang ditinggalkan oleh sedan Arteon dan Passat (kini ditawarkan dalam bentuk wagon) bakal diisi oleh sedan liftback elektrik sepenuh masa, iaitu VW ID.7.
Peminat dan pencinta wagon pula boleh menarik nafas lega apabila Volkswagen bakal melancarkan model wagon elektrik pertama mereka, iaitu ID.7 Tourer pada tahun ini.
Difahamkan, wagon elektrik itu bakal mempunyai angka pekali seretan serendah 0.24, selain ruang kargo yang mampu memuatkan barangan sehingga 1,714 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.
Sumber: Motor1
Volkswagen Arteon Shooting Brake