Rakaman 'dashcam' kereta dipandu secara melulu dan berbahaya, pemandu Volkswagen Arteon ditahan polis

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan dari PDRM
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta dalam keadaan berbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan dekat Chukai pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira 12 tengah hari Isnin.

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut berdasarkan satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) milik seorang pengguna jalan raya.

"Berdasarkan rakaman itu, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Chukai-Air Putih dekat Kampung Paman sehingga tular di laman sosial facebook.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah pada Selasa untuk mendapat perintah tahanan reman," katanya ketika dihubungi.

Kejadian itu dirakamkan kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya ketika dalam perjalanan ke Setiu bersama ahli keluarganya, kira-kira 8.15 pagi.

Dalam rakaman itu, kereta dipercayai Volkswagen yang dipandu laju itu memotong dua kenderaan di depannya dan nyaris bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Kereta terbabit dikatakan turut bergesel dengan cermin sisi kereta Perodua Axia yang dipotongnya sebelum memecut ke arah Kampung Pasir Gajah.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…
Berita Domestik
Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang…
Berita Global
Namun, Volkswagen baru-baru ini telah memperlihatkan sebuah model konsep yang dinamakan sebagai…