Volvo XC40 2020 - varian T3 terima peningkatan kuasa, T4 dengan ciri AWD

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Semenjak diperkenalkan pada lewat tahun 2017, SUV paling cilik dari Volvo, XC40 terus menerus mendapat tempat di hati masyarakat disebabkan rekaanya yang begitu menarik, malah harus pula menunggu giliran yang amat panjang. 

Jadi, Volvo Cars kini mendatangkan kemaskini terhadap XC40 2020 untuk pasaran United Kingdom terlebih dahulu, dan menariknya terdapat penambahan kuasa kepada trenkuasa sedia ada dan tiga warna baharu ditawarkan iaitu Thunder Grey, Pebble Grey dan juga Glacier Silver. 
 


Kita mulakan dengan XC40 varian T3 yang hadir dengan enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris, di mana Volvo telah meningkatkan kuasa daripada 156 hp kepada 163 hp. 

Transmisi manual enam nisbah kelajuan masih dikekalkan, namun buat kali pertamanya XC40 hadir dengan opsyen transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa kira-kira 9.3 saat manakala versi auto pula sedikit perlahan, iaitu 9.6 saat manakala bacaan penggunaan bahan api pula mencatatkan angka serendah 6.8 liter untuk setiap 100 km. 
 


Manakala varian T4 dengan enjin 2.0 liter pula buat kali pertamanya ditawarkan dalam pacuan semua roda, dengan pecutan 0-100 km/j hanya memakan masa 8.4 saat sahaja. 

Bacaan penggunaan bahan api varian T4 AWD ini direkodkan pada angka 7.7 liter untuk setiap 100 km. 

Selain daripada kemaskini terhadap trenkuasa, Volvo Cars juga turut menambah pelbagai aksesori menarik seperti:

  • soket 12V di ruang kargo
  • sangkar perlindungan kargo
  • cermin sisi boleh lipat automatik
     


Manakala ciri-ciri standard pula adalah seperti berikut:

  • sistem infotainmen 9 inci
  • kawalan suara
  • sistem navigasi satelit
  • kawalan iklim dua zon
  • lampu LED
  • rim 18 inci
  • Volvo On Calls

Untuk para pelanggan bersedia menghadapi musim sejuk, Volvo turut menawarkan Winter Plus di mana komponen-komponen berikut didatangkan dengan ciri pemanas dalaman:

  • stereng
  • tempat duduk hadapan
  • tempat duduk belakang
  • windscreen
  • corong air pencuci cermin
  • sistem pembersih lampu utama
     


Sebagaimana ciri keselamatan standard yang ada pada Volvo XC40, terdapat kemaskini kepada Sistem Informasi Titik Buta di mana ia kini dilengkapi dengan ciri Bantuan Stereng.

Ciri diatas membolehkan  kenderaan mengekalkan laluan sedia ada bagi mengelakkan pelanggaran dengan kenderaan yang memasuki ruang titik buta pemandu. 

Harga jualan bagi Volvo XC40 2020 bermula dari £28,965 (RM150,597) manakala fasa penghantaran kepada pelanggan akan bermula seawal tahun hadapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Berita Domestik
Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…