Volvo XC40 B5 Ultimate 2023 kini di Malaysia - 263 hp, 390 Nm, dari RM268,888

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia mengumumkan kemaskini penawaran SUV XC40 dengan melancarkan varian XC40 B5 Ultimate 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo XC40 B5 Ultimate ini membawakan trenkuasa hibrid ringan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo dengan janaan kuasa 263 hp @ 5,500 rpm dan daya kilas 390 Nm @ 1,800-4,800 rpm.
 

XC40


Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik Geartronic lapan kelajuan, memacu semua roda (AWD).

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.4 saat.

Dari segi penampilan, Volvo XC40 B5 ini turut ditawarkan dengan warna baharu Fjord Blue, unit lampu utama LED, lampu kabus dengan fungsi bantuan membelok, rim bersaiz 19 inci, jeriji hadapan dan trim tingkap hitam berkilat, serta kemasan Black Stone pada perumah cermin sisi.
 

XC40


Ruang kabin pula didatangkan dengan skrin digital 12 inci di hadapan pemandu, skrin tengah sembilan inci berkuasa Android dengan fungsi Google terbina, sokongan kamera 360 darjah dan Apple CarPlay, kawalan iklim dua zon dengan ciri CleanZone dan penderia kelembapan, slot pengecasan tanpa wayar, serta sistem audio Harman Kardon Premium.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah kawalan jelajah adaptif, amaran lintasan trafik belakang, sistem informasi titik buta, bantuan pengekalan lorong, bantuan parkir, Pilot Assist, amaran pelanggaran belakang serta sistem pemantauan tekanan tayar.
 

XC40


Harga jualan Volvo XC40 B5 Ultimate 2023 ini bermula dari RM268,888.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua…
Pelancaran
Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5…
Berita Global
Namun, sebanyak mana jejak karbon yang dihasilkan oleh EV? Divisyen prestasi Volvo, Polestar…