Volvo XC40 Recharge T5 R-Design rasmi dilancarkan - SUV PHEV bermula dari RM241,997

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia hari ini memperkemaskan lagi penawaran model SUV aras mula premium di Malsyai dengan melancarkan SUV plug-in hybrid (PHEV) Volvo XC40 Recharge T5 yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi spesifikasi, Volvo XC40 Recharge T5 didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter turbo, dibantu dengan motor elektrik dan gandingan kedua-dua enjin dan motor ini menghasilkan angka output 258 hp dan 425 Nm daya kilas memacu roda hadapan sahaja.

Ia dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

 


Dari segi prestasi, Volvo XC40 Recharge T5 mampu memecut sepantas 7.3 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j, dan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 2.3 liter untuk setiap 100 km.

Pek bateri lithium ion pula diposisikan di bahagian tengah kenderaan untuk memaksimumkan ruang kabin dan mempunyai kapasiti 10.7 kWh yang mampu menawarkan jarak operasi sifar emisi sejauh 44 km.

Ciri standard yang dimuatkan pada Volvo XC40 Recharge T5 adalah lampu LED dengan Active High Beam dan Active Bending Lights, lampu nyalaan siang DRL LED, lampu kabus LED, lampu belakang LED, rim bersaiz 19 inci, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) serta kemasan R-Design.

 


Antara ciri keselamatan yang dimuatkan pada SUV XC40 Recharge T5 ini adalah sistem bantuan Pilot Assist, Driver Alert, Sistem Informasi Titik Buta, Bantuan Kekal Laluan, Sistem Keselamatan Bandar dengan pengesanan Pejalan Kaki, Penunggang Basikal dan Binatang Besar, Sistem Mitigasi Kenderaan dari Arah Hadapan, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Pelanggaran Belakang serta Kawalan Jelajah Aktif.

Kelengkapan di dalam ruang kabin pula merangkumi skrin kluster instrumen digital 12.3 inci, skrin infotainmen sembilan inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, upholsteri kulit Nubuck, slot pengecasan peranti pintar nirwayar, serta pintu tailgate berkuasa.

 


Harga jualan untuk Volvo XC40 Recharge T5 2021 ini bermula dari RM241,997, dan setiap tempahan yang dibuat dalam talian akan disertakan dengan hadiah berupa fon kepala nirwayar Bowers & Wilkins PX5 bernilai RM2,800.

Seperti yang diberitakan sebelum ini, Volvo Car Malaysia menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan untuk setiap kereta baharu, serta tambahan jaminan lapan tahun atau 160,000 km untuk bateri kenderaan PHEV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…