Volvo kembali kepada RWD, kali pertama dalam 25 tahun!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volvo C40 Recharge 2023
Volvo C40 Recharge 2023
Tahukah anda? Sudah lama Volvo Cars tidak mengeluarkan kenderaan yang menggunakan pacuan roda belakang (RWD).

Benar, selama ini model-model hebat yang dikeluarkan sama ada dipacu oleh roda depan (FWD) atau semua roda (AWD).

Lebih tepat lagi dalam tempoh 25 tahun kesemua model keluaran Volvo menggunakan pacuan FWD atau AWD dan rekod tersebut sudah pun dipecahkan.

Volvo Cars baru sahaja memperkenalkan dua varian RWD untuk model elektrik C40 Recharge dan XC40 Recharge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volvo XC40 Recharge 2023

 

Penawaran itu mewakili dua daripada tiga varian rangkaian kuasa baharu untuk kedua-dua kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut selain varian AWD yang dipertingkatkan.

Satu perkara menarik yang dikongsi Volvo tentang C40 Recharge dan XC40 Recharge ialah apabila mereka kerap ditanya mengenai jarak pemanduan

Satu lagi soalan tentang tempoh masa untuk pengecasan.

Dua soalan itu sebenarnya tipikal sebelum seseorang membuat keputusan untuk memilki kenderaan elektrik (EV).

 

Volvo C40 Recharge 2023

 

Pengenalan pakej baharu untuk kedua-dua C40 dan XC40 elektrik menjawab persoalan tersebut dengan jarak pemanduan (WLTP) lebih jauh dan masa pengecasan lebih pendek.

Satu lagi perkara baru, magnet kekal motor elektrik generasi kedua yang memacu gandar belakang C40 dan XC40 elektrik dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Volvo Cars.

RWD kembali!

Varian RWD motor tunggal dengan jarak pemanduan standard dipacu oleh motor elektrik (e-motor) magnet kekal dengan kuasa 175 kilowatt (kW).

Output kuasa itu meningkat sebanyak tiga peratus berbanding varian motor tunggal 170kW FWD sebelum ini.

 

Volvo C40 Recharge 2023

 

Untuk varian XC40 Recharge motor tunggal, bateri dengan kapasiti 69 kilowatt jam (kWH) dikekalkan dan penambahbaikan dibuat pada kecekapan penyejukan.

Hasilnya jarak pemanduan meningkat kepada 460 kilometer (ujian kitaran WLTP) berbanding 425 kilometer sebelum ini.

Jarak varian C40 Recharge motor tunggal juga bertambah kepada 476 kilometer berbanding 438 kilometer.

Tempoh pengecasan dari 10 hingga 80 peratus pula memerlukan 34 minit menggunakan pengecas awam DC 130kW.

 

Volvo C40 dan XC40 2023

 

Untuk pengguna yang mahukan lebih kuasa dan jarak, Volvo menawarkan bateri lebih besar dan e-motor magnet 185kW pada gandar belakang.

Varian kedua ini menggunakan pek bateri 82kWj dan jarak pemanduan sehingga 515 kilometer untuk XC40 Rechage motor tunggal (extended range).

Model C40 Recharge (extended range) pula boleh dipandu sejauh 533 kilometer (WLTP).

Selain jarak, kuasa pengecasan juga dipertingkatkan susulan penggunaan pek bateri yang lebih besar dan boleh menerima pengecasan 200kW DC berbanding 150kW sebelum ini.

Tempoh pengecasan dari 10 hingga 80 peratus mengambil masa sekitar 28 minit.

 

Volvo XC40 Recharge 2023

 

Varian AWD turut dipertingkatkan

Kedua-dua XC40 dan C40 Recharge AWD turut dipertingkatkan dan kini boleh dipandu lebih jauh.

Model terdahulu dibekalkan dua e-motor 150kW pada gandar depan dan belakang yang kini diganti e-motor magnet baharu.

Motor elektrik baharu pada gandar belakang yang dibangunkan sendiri Volvo berkuasa 183kW dan motor elektrik depan jenis tak segerak (asynchronous) berkuasa 117kW.

Bersama pek bateri 82kWj dan penambahbaikan pada penyejukan bateri, XC40 Recharge Twin Motor AWD boleh dipandu sejauh 500 kilometer atau penambahan 62 kilometer.

 

Volvo XC40 Recharge 2023

 

Jarak pemanduan untuk C40 Recharge Twin Motor AWD pula meningkat kepada 507 kilometer berbanding 451 kilometer (WLTP) sebelum ini.

Selain perubahan pada rangkaian kuasa, kedua-dua XC40 Recharge dan C40 Recharge menggunakan rim aloi 19 inci baharu yang turut membantu bagi mengurangkan seretan.

Seperkara lagi walaupun RWD bunyinya menyeronokkan, Volvo mempunyai keutamaan lain berbanding keseronokan pemanduan mutlak.

Tambahan pula Polestar sudah menjadi pengeluar kereta sendiri, kecuali Volvo mahu fokus pada R-Design yang bias untuk pemanduan dan pengendalian.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…