Namun disebalik rupa paras yang kekotakan yang sangat sopan itu, tersimpan satu rahsia yang mungkin tidak ramai yang tahu - ia hadir dengan nadi V8.

Volvo V90 tahun 1998 milik mendiang pelakon dan pelumba Paul Newman ini sebenarnya telah dilengkapi dengan nadi V8 6.0 liter Chevrolet LS2 yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan GM.
Selain itu, pasukan perlumbaan Newman juga turut memasang sistem aci pemacu kustom, talaan ringan terhadap komponen shifter linkage serta sistem suspensi hadapan yang disumberkan daripada Porsche 911.

Pemilik baharu wagon ini akan dibekalkan dengan segala dokumen berkaitan seperti rekod servis, diikuti dengan enjin enam silinder asal, transmisi asal serta buku manual original.
Ini bukanlah 'mainan' pertama Paul Newman yang berbentuk wagon.
Wagon pertama beliau merupakan sebuah Volvo 740 yang dikuasakan oleh nadi V8 3.8 liter turbo yang diperoleh daripada Buick Grand National, diikuti Volvo 960 berenjin V8 5.0 liter pengecas lampau dari Ford Mustang.

Volvo V90 (dengan emblem V06 ini) disenaraikan di laman bidaan RM Sotheby's dengan nilai bermula dari $20,000 (RM91,550) hingga $25,000 (RM114,438), namun sehingga saat artikel ini ditulis, nilai bidaan sudah pun mencecah $40,000 (RM183,100)