Prototaip Volvo V90 Cross Country 2021 dikesan - wagon untuk mereka yang anti-SUV

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahukan sebuah SUV, akan tetapi perlukan sebuah kenderaan yang kekal praktikal seumpama sebuah SUV?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo nampaknya sedang menguji model V90 Cross Country yang difahamkan bakal menerima kemaskini minor sebagai model tahun 2021.

Berdasarkan perhatian awal, tidak banyak perubahan dari segi rekaan luaran dibawakan pada model wagon yang tinggi ini, selain daripada rekaan bumper yang dilindungi oleh pelekat hitam.
 


Seperti model-model terbaharu Volvo, V90 Cross Country ini juga dijangka akan dipasang dengan sistem infotainmen Android OS, Google Assistant serta keupayaan untuk kemaskini sistem perisian menerusi over-the-air.

Harus diingatkan, tahun 2020 merupakan tahun di mana setiap kenderaan baharu Volvo akan dihadkan secara elektronik kepada 180 km/j sahaja, jadi kemungkinan besar wagon ini akan turut menerima kemaskini yang serupa. 
 


Tiada sebarang informasi berkenaan trenkuasa diterima buat masa ini, berkemungkinan besar masih mengekalkan penggunaan enjin petrol dan diesel yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). 

Namun, versi plug-in hybrid masih belum diberitakan untuk Volvo V90 Cross Country.
 


Bakal diperkenalkan pada Geneva Motor Show bulan hadapan, Volvo V90 Cross Country akan bersaing secara terus dengan Audi A6 Allroad serta Mercedes-Benz E-Class All-Terrain.

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun jangka hayat wagon tersebut tidak kekal lama apabila Volvo dilaporkan akan menghentikan…