Volvo S90, V90 terima varian mild-hybrid 48V - jimat bahan api 15 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sudah beberapa tahun sedan terbesar di dalam keluarga Volvo, S90 dan kembar wagonnya V90 berada di pasaran, tidak dapat dinafikan rekaannya masih kekal malar segar dan antara sedan yang memiliki reka bentuk paling menawan di atas jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk tahun 2020, Volvo nampaknya tidak mahu mengacau kesempurnaan rekaan tersebut, akan tetapi mereka melakukan sedikit perubahan kepada kedua-dua model tersebut. 

 


Dari segi luaran, terdapat perubahan pada bumper hadapan, lampu kabus hadapan baharu, serta set lampu belakang LED dengan rekaan dan ciri lampu membelok sekuential. 

Warna baharu juga turut ditambah ke dalam senarai diikuti dengan set rim aloi yang juga rekaan baharu. 
 


Di ruang kabin, Volvo telah melengkapkan sistem bunyi Bowers and Wilkins bersama naik taraf amplifier dan sistem pembatalan bunyi hingar. 

Keselesaan pengguna juga turut ditambah dengan ciri penapis udara Advance Air Cleaner PM2.5 bagi membersihkan dan meningkatkan kualiti udara di dalam kabin dalam masa beberapa minit sahaja. 

Beberapa ciri lain turut ditambah seperti slot pengecasan USB-C berkembar, slot pengecasan nirwayar, tempat duduk daripada wool-blend manakala varian premium pula menerima upholsteri bebas kulit. 
 


Namun, perubahan besar yang dibawakan adalah sistem mild-hybrid yang sebelum ini terdapat pada XC90 dan XC60 kini terdapat pada model sedan S90 termasuklah sedan S60.

Sistem mild-hybrid ini membolehkan pengguna mencapai tahap penggunaan bahan api yang lebih jimat 15 peratus serta emisi yang lebih bersih.

Ini bermakna, kesemua varian (T4, T5, dan T6) akan menerima sistem mild-hybrid ini dan dijenamakan semula sebagai B4, B5 dan B6.
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dari segi penawaran enjin, varian asas S90 T5 didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang…
Berita Global
Sudah terdedah setelah lama dunia permotoran tertunggu-tunggu akan rupa kereta keluaran pertama…
Berita Domestik
Jika ditanya apakah faedah polisi Dasar Automotif Negara (DAN) serta EEV kepada negara, maka ini…