Volvo henti penjualan wagon V90 di US, versi Cross Country tidak terjejas

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Top Gear
Di pasaran Amerika Syarikat, Volvo menawarkan wagon V90 serta versi crossover V90 Cross Country sebagai alternatif kepada mereka yang benci kepada kenderaan genre SUV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun jangka hayat wagon tersebut tidak kekal lama apabila Volvo dilaporkan akan menghentikan penjualan wagon standard V90 di pasaran tersebut, menurut Motor Trend.

Sementara versi Cross Country pula akan terus dijual memandangkan ia lebih laku terjual berbanding versi standard.

Sebelum anda bising tapi tak berniat pun nak beli, ingin kami ingatkan bahawa strategi yang digunakan untuk pemasaran Volvo V90 jauh berbeza jika dibandingkan dengan versi Cross Country.

 

Volvo V90 Cross Country


Ini kerana sejak dari awal, wagon V90 versi standard itu hanya ditawarkan menerusi tempahan khas sahaja, dan kebanyakan pengedar tidak mengambil stok V90 yang banyak jika dibandingkan dengan V90 Cross Country.

Bermakna, pelanggan hanya perlu meletakkan tempahan dan bersabar menanti kemunculan wagon yang berharga bermula dari $51,800 tersebut di hadapan mata mereka.

Jika anda masih lagi mencintai kenderaan bergenre wagon standard, berita baik di mana Volvo kini masih lagi mengekalkan penjualan wagon yang lebih kecil V60 (harga dari $40,950) di pasaran Amerika Syarikat.

 


Pun begitu, masa hadapan bagi kenderaan bergenre sedan dan wagon tidak begitu cerah memandangkan bos Volvo Håkan Samuelsson mengakui mereka mungkin akan mengurangkan penawaran kedua-dua model tersebut bagi memberikan laluan kepada SUV yang lebih popular.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…