Volvo 850 bakal diabadikan dalam bentuk model skala 1:64 Hot Wheels

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Belum pun sempat penulis mengira jumlah duit yang bakal dilaburkan pada mainline Hot Wheels baharu, sebuah lagi kejutan hadir dari Instagram pasukan Hot Wheels Dream Team, iaitu dalam bentuk Volvo 850!

Seingat penulis, Hot Wheels tidak pernah mengeluarkan sebarang diecast Volvo melainkan Matchbox yang hadir dengan Volvo V60 wagon yang sehingga kini amat sukar untuk ditemui. 

Tambah menarik perhatian ialah bagaimana pasukan Hot Wheels Dream Team menggambarkan prototaip diecast Volvo 850 itu dengan gaya roda terangkat, mengingatkan penulis kepada zaman kegemilangan BTCC suatu ketika dahulu. 
 


Kira-kira 26 tahun yang lalu, Volvo melancarkan model 850 serba baharu di Stockholm Globe Arena. 

Dan pada ketika itu, Volvo 850 membawakan pelbagai ciri menarik pertama dunia seperti enjin lima silinder, suspensi belakang delta-link, sistem perlindungan impak sisi dan tali pinggang keledar self-tensioning.

Jika varian sedan nampak tegap dan gagah, varian wagon yang dilancarkan pada Februari 1993 pula tampil dengan rekaan yang lebih ikonik, dan bagi penulis, ia merupakan antara wagon kotak tercantik di dunia. 
 


Setahun selepas itu, varian prestasi tinggi 850 T5-R pula diperkenalkan dan enjin 2.3 liter lima silinder sebaris itu mampu menjana 240 kuasa kuda dan 340 Nm daya kilas. 

Dalam pembangunan model tersebut, Porsche banyak membantu Volvo terutama di dalam talaan enjin dan transmisi kereta sleeper ini. 

Oleh sebab itu, wagon ikonik ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa kurang dari enam saat!

Namun, apa yang lebih menjadikan ia sebagai sebuah ikonik permotoran Volvo ialah penglibatannya di dalam perlumbaan British Touring Car Championship (BTCC). 
 


Volvo menyertai pasukan Tom Walkinshaw Racing (TWR) dengan menggunakan sebuah Volvo 850 Estate yang dipandu oleh Rickard Rydel dan Jan Lammers. 

Pada ketika itu, adalah pelik bagi sebuah wagon untuk menyertai perlumbaan BTCC dan idea tersebut menerima banyak kritikan.

Namun, mengejutkan apabila wagon Volvo tersebut mampu mencatatkan masa pusingan kelayakan terbaik di tempat kelapan pada kejuaraan 1994. 

Ia sedikit sebanyak memberikan plus point kepada 850 wagon sebagai sebuah wagon ikonik dari Volvo. 

 


Jadi, sudahkah anda bersedia untuk memiliki sebuah Volvo 850 dalam bentuk diecast? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…