Hot Wheels Proton Saga Edisi Istimewa diperlihatkan, mula dijual tahun 2024

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Art of Speed 2023, Hot Wheels menerusi kerjasama dengan Proton telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-kanak 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi kanak-kanak pertama di dunia yang mencipta sejarah apabila karya rekaannya digunakan pada pek pembungkusan model kereta HW.

Difahamkan, rekaan bertemakan nilai alam dan kegemilangan Malaysia itu akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang dijangka akan mula dijual di seluruh negara bermula tahun 2024.
 

HW


Matt Gabe, Ketua Pereka Pek Pembungkusan Hot Wheels berkata, “Di Hot Wheels, kami sentiasa mereka berasaskan perspektif kanak-kanak, jadi ia amat menarik untuk melihat perspektif kanak-kanak sendiri menerusi pertandingan ini sekali gus membuatkan kita bertanya: bagaimana dunia kereta dari kaca mata mereka?”

Pada tahun 2022, Hot Wheels telah mengumumkan kerjasama dengan pengeluar Proton untuk menghasilkan model berskala 1:64 Proton Saga 1985 bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia dan juga Proton yang menyambut ulang tahun ke-40 pada Mei lalu.
 

gw


Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, “Seperti Mattel Malaysia yang menyambut ulang tahunnya ke-40 pada tahun 2022, PROTON juga meraikan ulang tahun ke-40 pada 7 Mei lalu.

"Saga pula berusia 38 tahun pada 9 Julai 2023, sekali gus menjadikan Hot Wheels Proton Saga sebuah manifestasi tepat meraikan pencapaian dalam sejarah syarikat ini.
 

gw


"Kami menantikan lebih banyak kolaborasi dengan rakan kerjasama seperti Mattel Malaysia yang juga seperti PROTON, telah memainkan peranan penting terhadap menginspirasi budaya kereta Malaysia serta memupuk rasa cinta terhadap kereta nasional,” ujarnya.

Selain pasaran Malaysia, Hot Wheels Proton Saga juga dijangka akan memasuki lebih 150 buah negara bermula Disember 2023, manakala pek Hot Wheels Proton Saga Edisi Terhad akan mula dipasarkan pada tahun 2024 yang boleh didapati di kedai permainan utama, gedung beli belah, pasar raya besar, kiosk stesen minyak, dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…