Art of Speed 2023 sedia pelbagai aktiviti menarik 29-30 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), acara tahunan Art of Speed kembali untuk tahun 2023 dengan membawakan pelbagai aktiviti yang lebih besar dan lebih menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar.

Antara tetamu komuniti kustom dan media antarabangsa yang turut dijemput termasuklah Shige Suganuma (MOONEYES Jepun), Wild Road Choppers dan Cosmic Chopper City (Jepun), Dino Dalle Carbonare (Speedhunters.com), Side Yakotani (Jepun), Vibes Magazine, Roller Magazine dan Weller Magazine (Jepun), diikuti komuniti kustom daripada negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan juga Brunei.
 

AOS


Selain membawakan jentera kustom khas seperti Harley-Davidson Chopper 1941 dan Volkswagen Type2 Safari 1959, Art of Speed 2023 turut membawakan Outdoor ThunderCircus "Brotherhood Rally", ruang "OFF THE GRID" serta pameran kolektif kereta bermodifikasi terpilih dari seluruh Malaysia menerusi kerjasama dengan NoEqual.co.

Tidak ketinggalan, barangan edisi terhad yang bakal ditawarkan menerusi kerjasama khas dengan jenama-jenama terkenal seperti VANS, HIKARI RIDERS, IGL, MOONEYES serta pelbagai jenama lain.
 

405


Berita baik buat para peminat Hot Wheels, di mana untuk tahun 2023 Art of Speed akan menganjurkan Official Hot Wheels Collector Convention yang pertama di Asia Tenggara.

Aktiviti yang akan berlangsung di Dewan B itu termasuklah pameran koleksi Hot Wheels, Hot Wheels Skate School, Hot Wheel Swap Buy and Sell, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel telah bekerjasama dengan Proton untuk menghasilkan model berskala Proton Saga yang pertama.
 

aos

 

Satu pertandingan Rekaan Kanak-kanak Hot Wheels x PROTON telah dianjurkan di mana pemenang reka bentuk terbaik akan diumumkan pada acara tersebut, serta tidak ketinggalan model prototaip pertama yang akan turut dipamerkan di ruang tersebut.

Acara Hot Wheels Legends Tour akan membuat kemunculan di AOS 2023, di mana satu pertandingan rasmi akan diadakan pada hari Ahad menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia.

Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends boleh didapati di laman web www.artofspeedmy.com dan tiada tarikh tutup.
 

405


Akhir sekali, SoundCircus Festival yang bakal membarisi 10 kugiran muzik termasuklah Superman Is Dead dari Bali Indonesia, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu, dan Armpunk Sindicate.

Berikut merupakan harga tiket kemasukan Art of Speed 2023:
Pas hujung minggu: RM35.00
Kanak-kanak bawah 12 tahun: Percuma
Pemegang kad OKU: Percuma
Pas Speed Lane: RM60.00
SoundCircus Festival: RM120/orang atau RM360/4 orang
Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass: RM135.00

Untuk tahun ini, AOS 2023 akan menawarkan sebuah motosikal Honda Dax e: kepada satu pembeli tiket dalam talian yang bertuah, serta sebuah Toyota Celica 1979 yang telah direstorasi sepenuhnya oleh AOS Malaysia untuk pengunjung pada hari Ahad.
 

Pelan Lantai Art of Speed 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain daripada pameran kenderaan-kenderaan kustom, AOS 2023 juga turut menempa sejarah dengan…