Model HW Proton Saga mula dijual, ada pihak cuba ambil kesempatan!

oleh Mohamad Hanif|
Hujung tahun lalu, pihak Mattel mengumumkan kerjasama dengan Proton Cars untuk menghasilkan produk-produk diecast Hot Wheels jenama Proton, bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-40.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Hot Wheels mengumumkan model diecast skala 1:64 Proton Saga boleh didapati di semua kedai mainan, pusat membeli belah serta kedai runcit berhampiran.

Hot Wheels juga akan mengadakan acara 'unboxing' di Pavilion Bukit Jalil pada 14 Oktober jam 5 petang, serta 15 Oktober jam 10 pagi, di mana kelibat Proton Saga akan diperlihatkan buat kali pertama kepada umum.

Untuk makluman, HW Proton Saga ini bukanlah model edisi terhad, di mana ia dikategorikan di bawah Basic Car dengan harga jualan bermula dari RM9.90 (bergantung kepada kedai yang menjual).

 


Namun begitu, tidak mengejutkan apabila Careta menemukan tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjual HW Proton Saga itu pada harga yang tidak masuk akal.

Semakan di laman membeli belah dalam talian Shopee mendapati ada pihak yang sanggup menjual model tersebut pada harga setinggi RM250 untuk satu unit!

Beli atau tidak? Terpulang kepada poket masing-masing.

Yang pasti, Hot Wheels akan turut menjual model diecast Proton Saga edisi terhad yang menampilkan rekaan kad blister oleh pemenang pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-kanak 2023 yang dianjurkan pada tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Untuk penganjuran tahun ini, Art of Speed akan mengambil alih setiap dewan acara berkeluasan 350,…
Berita Domestik
Ketika ditemubual oleh laman berita Bernama, Muhammad Khairie Danish berkata idea untuk menjual…