Volkswagen CC Shooting Brake - Arteon versi crossover wagon untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, terdapat desas desus yang menyebut bahawa Volkswagen akan membangunkan Arteon wagon untuk pasaran Eropah yang akan muncul pada tahun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, versi tersebut nampaknya muncul di China terlebih dahulu apabila laman Facebook carnewschina memaparkan dua buah imej yang menunjukkan sebuah model sebenar Arteon wagon.

Arteon masih menggunakan nama lama CC di pasaran China, dan model terbaharu yang dimaksudkan ini menggunakan nama CC Shooting Brake. 
 


Jika dibandingkan dengan Arteon yang lebih premium rupanya, CC Shooting Brake membawakan perwatakan crossover wagon dan dilihat memakai cladding plastik dengan jarak kelegaan tanah yang sedikit tinggi, selain terdapat rel bumbung sesuai dengan namanya. 

Rekaan bumper juga lebih agresif jika dibandingkan dengan Arteon sedan coupe di pasaran lain. 

Volkswagen CC Shooting Brake ini dibina oleh FAW-Volkswagen dikhususkan untuk pasaran China, dengan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 186 hp dan 220 kuasa kuda.

Ia akan diperlihatkan secara rasmi pada acara Shanghai Auto Show April ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…
Berita Domestik
Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang…