VinFast x StoreDot hasilkan bateri yang mampu dicas 80 peratus dalam 5 minit

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah syarikat yang baharu berusia empat tahun, perkembangan yang dilaporkan oleh VinFast boleh dikatakan agak pantas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, syarikat automotif konglomerat Vietnam itu telah menandatangani sekurang-kurangnya tiga perjanjian yang mampu menjadikannya peneraju di dalam pasaran kenderaan elektrik.

Antaranya adalah kerjasama dengan syarikat Israel, StoreDot untuk membangunkan teknologi pengecasan ultra-pantas untuk kenderaan elektrik.

Menurut bahagian penyelidikan VinFast, teknologi itu membolehkan bateri berkapasiti 65 kWh itu mencapai kapasiti 80 peratus hanya dalam masa lima minit sahaja!
 

StoreDot

Berdasarkan kenyataan StoreDot, teknologi yang digunakan adalah dengan menggantikan bahan grafit dalam anod sel bateri dengan bahan 'metalloid berskala nano' serta gandingan bahan organik dan bukan organik yang mampu mempercepatkan kadar pengecasan.

Setakat ini, StoreDot telah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar seperti BP, Samsung dan Daimler di mana teknologi ini telah pun diperkenalkan dalam penghasilkan peranti pintar, dron dan juga skuter elektrik.

Selain StoreDot, VinFast juga turut bekerjasama dengan syarikat Taiwan ProLogium untuk membangunkan bateri solid-state yang memiliki kadar ketumpatan tenaga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding bateri lithium-ion, serta kurang risiko kebakaran.
 

Gotion


VinFast juga turut menandatangani perjanjian MoU dengan syarikat pengeluar bateri China, Gotion High-Tech untuk penghasilan bateri lithium iron phosphate (LFP) dengan kos penghasilan yang lebih murah, terutama untuk model-model kenderaan elektrik jarak dekat.

Menjelang November tahun ini, VinFast bakal membawakan model-model baharu berkuasa elektrik, iaitu VF31, VF32 dan VF33.

Baca: VinFast VF31, VF32, & VF33

 

VinFast VF31
VinFast VF32
VinFast VF33

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…