Vietnam perlu pengangkutan hijau dengan kadar segera

oleh HEZERI SAMSURI|
Sasaran kerajaan Vietnam untuk mencapai kadar pelepasan gas rumah hijau sifar menjelang tahun 2050 menjadikan keperluan untuk kenderaan hijau di negara itu sesuatu yang pasti dan segera.

Menurut laporan The Star, lebih dari 20,000 kenderaan elektrik atau EV yang sudah berada di jalan raya Vietnam (angka sehingga akhir tahun 2023).

Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut.

Buat masa sekarang, sistem stesen pengecasan EV terbesar di negara itu dimiliki oleh syarikat VinFast, syarikat automotif tempatan yang mempunyai lebih dari 150,000 port untuk motosikal dan kereta elektrik.

Kebanyakan dari pengecas itu berada di lokasi-lokasi seperti ruang parkir, stesen bas, pusat membeli belah dan stesen minyak.

Selain dari stesen pengecasan awam, pemilik EV menggunakan pengecas dinding di rumah.

Vietnam dikatakan perlu menyediakan stesen pengecasan di jalan raya utama dan di lebuh raya.

Laporan penuh di The Star.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenaikan itu menjadikan harga RON95 dan diesel di negara hab pembuatan itu, masing-masing meningkat…
Berita Global
Barisan kenderaan termasuk motosikal dan kereta dilaporkan beratur panjang dengan masa menunggu…
Berita Global
Lembaga pengurusan tersebut memetik kebimbangan keselamatan kebakaran yang memiliki kaitan dengan…