Vinfast lancar EV di Indonesia - harga dari RM76,000

oleh Firdaus Razani|
Pengeluar automobil dari Vietnam, Vinfast secara rasmi melancarkan dua model kenderaan elektriknya (EV) di pasaran Indonesia pada acara Indonesia International Motor Show 2024 (IIMS) baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34, VF5, VF6, VF8, dan VF9, namun hanya model VFe34 dan VF5 sahaja yang bakal dipasarkan di Indonesia ketika ini.

 

Mengenai spesifikasi SUV elektrik VF e34, ia menggunakan motor elektrik tunggal yang dijanakan dari pek bateri litium-ion berkapasiti 41.9kWh yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 147hp dan 242Nm tork.

 

vinfast

 

Dengan pacuan motor elektrik tersebut, model SUV elektrik ini mampu untuk bergerak sejauh 318km dan memecut dari 0-100km/j hanya dalam bawah sembilan saat sahaja.

Bagi sistem pengecasan model ini, ia didatangkan dengan sistem pengecasan pantas yang mampu mengecas dari 10-70 peratus hanya dalam 27 minit sahaja.

 

vinfast

 

Saiz dan dimensi model SUV VFe34 ini adalah 4300 X 1768 X 1615 mm dengan jarak antara roda 2611mm serta luas kapasiti kargo adalah 290 liter.

Manakala spesifikasi bagi model VF5, ia turut menggunakan motor elektrik tunggal tetapu dijanakan dari pek bateri berkapasiti 43.23kWh yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 134hp dan 135Nm tork.

 

vinfast

 

Dengan pacuan motor tunggal tersebut, model SUV elektrik ini mampu untuk bergerak sejauh 326km dan memecut dari 0-100km/j bawah 11 saat sahaja.

Untuk sistem pengecasan, ia didatangkan dengan sistem pengecasan yang mampu mengecas dari 10-70 peratus hanya dalam 30 minit sahaja.

Saiz dan dimensi model SUV VF5 adalah 3967 x 1723 x 1578 mm dengan jarak antara roda 2514mm serta luas kapasiti kargo adalah 260 liter.

 

vinfast

 

Menurut laporan NikkeiAsia, harga jualan VFe34 di pasaran Indonesian adalah sekitar 300 Juta Rupiah, jika ditukar kepada mata wang Ringgit Malaysia adalah sekitar RM91,000.

Manakala harga jualan bagi VF5 pula adalah sekitar 250 Juta Rupiah, iaitu sekitar RM76,000 jika ditukar kepada mata wang Malaysia.

 

SUMBER : NikkeiAsia, VinfastIndonesia, Oto

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Menurut Naib Presiden Jualan Pasaran Asia VinFast, Zachary Mark Hollis berkata "VinFast menyasarkan…