Video Alphard "P45" potong garisan berkembar tular, alasan elak daging korban rosak

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah Toyota Alphard milik Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dilapor melanggar peraturan jalan raya berdasarkan video yang tular di media sosial, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan Malaysiakini, Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran P 45 itu dilihat memotong kenderaan lain secara berbahaya dan di kawasan laluan garis berkembar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata, siasatan mendapati kenderaan tersebut dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemandu kepada bekas timbalan menteri terbabit.

Menurut Affandi, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang 2 Julai lalu di KM 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Setiu.

Jelasnya, pemandu tersebut memberikan alasan mahu cepat sampai ke destinasi yang dituju bagi mengelakkan daging korban rosak.

Sebelum ini, Alphard yang sama tular di media sosial di mana kenderaan tersebut sedang berkejar untuk ke lapangan terbang dan memotong kenderaan di hadapannya ketika laluan tersebut mempunyai dua garisan putih berkembar.

 

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, pemprosesan data besar yang betul untuk menilai kecekapan masing-masing, terutama…
Berita Domestik
Lebih memeritkan apabila Rider FoodPanda itu, Mohamad yang memiliki kelulusan diploma kejuruteraan…
Informasi
  Aplikasi Volkswagen Cares dibangun dan diuruskan oleh kepakaran tempatan untuk pasaran Malaysia…