MP Bukit Mertajam hadiahkan motosikal buat Rider FoodPanda!

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan salah satu kisah yang tular di media sosial, di mana Ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong berkongsi kisah beliau berjumpa dengan seorang Rider penghantar makanan FoodPanda yang menggunakan basikal untuk menghantar makanan.

Lebih memeritkan apabila Rider FoodPanda itu, Mohamad yang memiliki kelulusan diploma kejuruteraan dari Politeknik itu perlu mengayuh basikal saban setiap hari meredah hujan dan panas demi memastikan beliau mendapat sesuap makanan.

Menurut Mohamad, beliau tidak mampu untuk memiliki sebuah motosikal disebabkan gaji yang agak kecil (RM500 sebulan) dan basikal yang dipinjam daripada rakannya itu sudah terlalu uzur untuk terus digunakan.

Sebak dengan cerita tersebut, YB Sim Chee Keong sanggup menggunakan wang gajinya sendiri untuk membelikan sebuah motosikal berjenama Honda untuk Mohamad, malah beliau turut membayarkan sekali cukai jalan, insurans, belanja minyak serta krim perlindungan daripada cahaya matahari melihatkan kepada kesan kulit tangannya yang melepuh akibat kerap berjemur di tengah panas.

Perkongsian penuh boleh dibaca pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, pemprosesan data besar yang betul untuk menilai kecekapan masing-masing, terutama…
Informasi
  Aplikasi Volkswagen Cares dibangun dan diuruskan oleh kepakaran tempatan untuk pasaran Malaysia…
Berita Domestik
  Malaysia kini telah mencatat sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menghalalkan…