Aplikasi Volkswagen Cares catat 30,000 ahli

oleh SALINA JALIL|
Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares yang dilancarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dua tahun lalu sudah berjaya mencatat 30,000 muat turun dan ahlinya.


Aplikasi itu merupakan sebahagian daripada inisiatif selepas jualan Volkswagen Cares yang komited untuk memberikan yang terbaik kepada pemilik kenderaaan Volkswagen di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Aplikasi Volkswagen Cares dibangun dan diuruskan oleh kepakaran tempatan untuk pasaran Malaysia, menjadikan ia inisiatif tempatan sepenuhnya.

 

Aplikasi ini menyaksikan pertumbuhan sebanyak 16,498 ahli pada tahun 2019. Manakala tahun 2020 merekodkan pertumbuhan 46 peratus dengan 9,483 ahli dan mencapai 30,000 muat turun setakat 30 November 2020.

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter gembira dengan sokongan yang diterima oleh aplikasiVolkswagen Cares. “Aplikasi ini direka untuk membuatkan perkhidmatan kami lebih mudah diakses oleh pelanggan, sekali gus menambah baik pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya.

 

Kemudahan untuk masuk ke dalam dunia Volkswagen menerusi aplikasi mudah alih ditawarkan di pelbagai pasaran Volkswagen di seluruh dunia. Kami juga berbesar hati untuk menyatakan bahawa aplikasi kami ini menyaksikan tahap penerimaan yang sangat baik berbanding pasaran lain yang diuruskan oleh Porsche Holdings Group.

 

“Kejayaan ini nyata membuatkan kami mahu terusmenambah baik aspek perhubungan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Malah, kami sudah merancang untuk merombak dan meningkatkan lagi ciri serta tawaran aplikasi ini pada tahun hadapan,” katanya lagi.

 

 

Aplikasi Volkswagen Cares merupakan satu aspek penting buat para pemilik kerana tawaran selepas jualan seperti baucar servis percuma selama tiga tahun dan pakej servis hanya boleh diakses serta disambungkan secara eksklusif menerusi aplikasi ini.

 

Mereka yang memiliki kenderaan berusia lima tahun dan ke atas di bawah program Volkswagen Care Plus (VCP) juga boleh melihat serta mengakses kelebihan yang disediakan melalui aplikasi ini.

 

Ciri-ciri lain yang ada pada aplikasi tersebut termasuklah tawaran terkini jualan dan selepas jualan, video pendidikan, kemas kini acara serta bantuan tepi jalan 24 jam – semuanya melalui satu sentuhan sahaja.

 

Mereka yang bukan pemilik kenderaan Volkswagen juga dijemput untuk memuat turun aplikasi ini untuk mengakses banyak tawaran jualan dan kandungan video. Selain menerima kemas kini tentang acara dan jualan menerusi notifikasi.

 

Aplikasi mudah alih Volkswagen Cares boleh didapati untuk IOS dan Android. Ia boleh dimuat turun daripadaApp Store dan Google Play Store.

 

 

Careta pernah menerangkan tentang aplikasi ini sebelum ini, saksikan video ini supaya anda faham tentang kemudahan aplikasi ini:

 

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…