Kes Alphard P45 - pemandu mahu berkejar ke lapangan terbang

oleh Mohamad Hanif|
Siasatan awal pihak polis berhubung isu yang tular memaparkan sebuah kenderaan mewah milik seorang timbalan menteri yang dipandu dalam keadaan berbahaya dikatakan berkejar untuk ke lapangan terbang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan kereta jenis Toyota Alphard bernombor pendaftaran P45 itu dipandu oleh pemandu, lelaki berusia 31 tahun, yang bekerja sebagai pemandu pemimpin itu.

"Pemandu yang dalam tugasan hendak cepat dan memotong kenderaan di hadapannya di samping menyalakan lampu isyarat kecemasan dan memastikan keadaan selamat sebelum memotong kenderaan dihadapannya di atas garisan berkembar tersebut.

"Semasa kejadian dia seorang diri memandu dari rumahnya hendak menghala ke rumah majikan untuk dihantar ke lapangan terbang.

"Pemandu itu bertindak memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan Malaysiakini, Toyota Alphard dengan nombor pendaftaran P 45 itu dilihat memotong…
Berita Global
Menurut laporan daripada Malaysiakini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu…