UK bakal ketatkan undang-undang penggunaan telefon pintar semasa memandu

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan United Kingdom minggu lalu mengumumkan mereka akan membuat pindaan akta agar penggunaan telefon diharamkan sama sekali ketika memandu.

Buat masa sekarang, undang-undang yang ada hanya melarang pengguna untuk membuat panggilan telefon atau menghantar teks semasa memandu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggubalan undang-undang baharu akan memastikan pemandu kenderaan tidak boleh menggunakan telefon pintar untuk:

  • Membuat panggilan
  • Menghantar teks 
  • Mengambil gambar
  • Merakam video
  • Melayari media sosial
  • Melayari laman web di internet
  • Menukar lagu di dalam playlist

Setiausaha Pengangkutan UK, Grant Schapps berkata walaupun kerajaan sedar kepentingan perhubungan semasa perjalanan, kerajaan juga mahu menjadikan jalanraya tempat yang lebih selamat.

 

 

"Pemandu yang menggunakan telefon pintar semasa memandu akan merendahkan kebolehan mereka untuk mengesan bahaya," kata beliau.

Kajian di negara itu mendapati jika pemandu melihat ke skrin telefon selama dua saat ketika sedang memandu pada kelajuan 48.2 kmsj, mereka akan memandu sejauh 30.5 meter tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku di hadapan kenderaan mereka.

Ketua Persatuan Diraja untuk Mengurangkan Kemalangan, Nick Llyod berkata pemandu yang menggunakan telefon pintar mempunyai risiko kemalangan 4 kali ganda lebih tinggi.

"Kerana itu kita perlu menangani gejala ini, termasuk keberkesanan pihak polis memantau keadaan di jalanraya untuk kesalahan tersebut," ujarnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang wanita di Penang, Candi Wan, apabila dia ditahan dan…
Informasi
  Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat telah membuat kajian dan mengatakan bahawa…
Berita Global
Kegagalan aplikasi pengecaman suara seperti Siri dilihat punca utama pemandu masih berdegil…