Meletakkan telefon di atas riba boleh dikenakan saman RM1,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Masih ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia yang belum sedar bahawa meletakkan telefon di atas riba untuk menggunakan navigasi atau bercakap melalui pembesar suara juga boleh dikenakan saman RM1,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang wanita di Penang, Candi Wan, apabila dia ditahan dan disaman akibat meletakkan telefon di atas riba untuk menggunakan aplikasi navigasi semasa memandu.

Melalui akaun Facebook nya, Candi berkongsi kejadian dimana polis telah mengesannya memegang telefon semasa memandu dan telah diarahkan untuk berhenti.

Candi kemudiannya memberitahu bahawa dia hanya memegang telefon untuk seketika dan diletakkan di atas riba, namun polis telah memberitahu bahawa meletakkan telefon di atas riba juga merupakan satu kesalahan.

 

2

 

Polis telah mengeluarkan saman bagi kesalahan menggunakan alat komunikasi semasa memandu, dimana Candi telah berkongsikan gambar saman tersebut dan menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

Bercakap mengenai isu tersebut, OCPD Asst Comm George Town, Soffian Santong berkata pemandu sepatutnya menggunakan pemegang telefon untuk meletakkan telefon bagi menggunakan navigasi dan mengekalkan fokus semasa memandu.

Mereka yang didakwa menggunakan telefon bimbit semasa memandu boleh didenda sehingga RM1,000 (minimum RM300) atau dihukum penjara maksimum tiga bulan jika didapati bersalah.

Pesalah kali kedua boleh didenda sehingga RM2,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…