Kegagalan aplikasi pengecaman suara seperti Siri dilihat punca utama pemandu masih berdegil menggunakan telefon pintar untuk berhubung ketika memandu.
Disebabkan di dalam dunia ini terlalu banyak dialek dan bahasa, aplikasi seperti Siri tidak dapat mengesan dan menangkap gaya dan lentuk bahasa yang dipertuturkan oleh pengguna.
Menerusi kajian yang berasingan, Imperial Car menguji sistem yang dibangunkan oleh Apple, iaitu Siri yang terdapat pada iPhone dan iPad, mereka mendapati sistem pintar itu hanya mampu menangkap 10% sahaja bahasa yang dipertuturkan.
Akibat sistem pintar tersebut gagal berfungsi, ramai yang memilih untuk menghantar mesej ketika memandu, walaupun mereka tahu risiko yang bakal hadir ketika berbuat demikian.
Menurut Neil Smith, wakil daripada Imperial Cars berkata, "terlalu ramai pemandu yang kurang berpengalaman yang masih membahayakan diri dengan menggunakan telefon pintar ketika memandu."
"Keengganan mereka untuk fokus memandu dilihat amat menakutkan sehinggakan ramai pemandu yang kehilangan kelayakan memandu (sabit kesalahan)," tambah beliau.
Untuk rekod, bulan lepas mencatatkan lebih 1,200 orang pemandu telah disabitkan kesalahan akibat memandu sambil menggunakan telefon pintar di UK sejak peraturan ketat itu diperkenalkan.
Sumber: Motor1