5 fakta tahyul memandu sambil guna telefon bimbit!

oleh SALINA JALIL|
Artikel ini telah kami siarkan pada awal tahun 2017 dahulu tetapi ia perlu dinaikkan kembali memandangkan ramai yang masih 'berdegil' kerana mereka percaya kepada lima fakta tahyul ini.

Ada di antara kita yang percaya penggunaan telefon bimbit semasa memandu sepatutnya dibenarkan kerana ia tidak mengganggu konsentrasi pemanduan.

Ramai yang berkata ia dibenarkan di negara maju dan dalam keadaan sekarang, penggunaan telefon semasa memandu menjimatkan masa dan wang ringgit.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat telah membuat kajian dan mengatakan bahawa kepercayaan tersebut ialah palsu dan langsung tiada kebenaran. Di bawah ialah lima kepercayaan tahyul memandu sambil menggunakan telefon bimbit itu selamat. 

 

1. Pemandu boleh membuat dua kerja serentak (multitask)

 

Cuba gunakan telefon bimbit sambil menonton TV. Pastinya walaupun Nora Danish sedang berlakon di samping Rita Rudaini pun, anda langsung tidak perasan kerana anda akan lebih fokus kepada perbualan di telefon bimbit. Sama dengan memandu, dan sebarang kesilapan ketika memandu boleh membawa maut. Adakah nyawa lebih murah dari telefon bimbit anda? 

 

 

2. Bercakap dengan telefon umpama berborak dengan penumpang anda 

 

Penumpang anda berada di dalam kenderaan bersama anda. Mereka ialah mata kedua anda dan akan memberi amaran sekiranya mereka nampak sesuatu yang mungkin menyebabkan kemalangan. Rakan anda di hujung talian itu pula tidak akan nampak apa yang sedang berlaku di sekeliling kenderaan anda. Malah, jika anda merokok sambil memandu pun, ibu atau teman wanita atau isteri anda atau skandal anda dihujung talian itu tidak tahu. 

 

 

3. Menggunakan sistem handsfree selamat ketika memandu 

 

Kajian menunjukan bahawa pemandu hilang 50 peratus dari fokus ketika memandu dan menggunakan sistem handsfree. Ujian membuktikan anda juga tidak akan perasan orang yang mahu melintas jalan atau lampu merah. 

 

 

 

4. Selamat jika guna telefon hanya di lampu merah 

 

Kajian di Amerika Syarikat menunjukan bahawa pemandu hilang fokus selama 27 saat selepas menggunakan telefon bimbit. 

 

 

5. Fungsi rakam suara kepada teks lebih selamat?

 

Ada telefon bimbit yang mampu menukarkan suara anda kepada mesej secara automatik. Cara itu juga tidak selamat kerana ia membuatkan pemandu hilang fokus. 

Di Malaysia, penggunaan telefon bimbit tanpa sistem handsfree semakin berleluasa. Malah, penunggang motosikal sendiri menggunakan Whatsapp atau sistem mesej berteks ketika di atas motosikal mereka. Mungkin ini satu kemajuan kerana produser filem seperti Datuk Yusof Haslam dan Rosham Nor tidak perlu runsing lagi untuk mencari pelakon lagak ngeri nanti. 

 

 

Secara ringkasnya, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah SALAH dan merbahaya bukan sahaja kepada pengguna jalan raya yang lain tetapi diri anda sendiri. Beringat sebelum terkena! 

Anda cuma dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu pada situasi kecemasan dan perlu menghubungi 999 dan penggunaan Waze atau Google Map sahaja, itu pun sekiranya ia dipasang pada alat pemegang telefon! 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang wanita di Penang, Candi Wan, apabila dia ditahan dan…
Berita Global
Penggubalan undang-undang baharu akan memastikan pemandu kenderaan tidak boleh menggunakan telefon…
Berita Global
Kegagalan aplikasi pengecaman suara seperti Siri dilihat punca utama pemandu masih berdegil…