TVS Apache 200 4V dilancarkan, harga bermula dari RM10,950!

oleh Mohamad Hanif|
Daju Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal jenama TVS di Malaysia telah melancarkan dua buah model yang dikhususkan untuk para pengguna di Malaysia, iaitu TVS Apache RTR 2004V dan motosikal moped TVS Neo X3i.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TVS Apache RTR 200 4V merupakan yang pertama seumpamanya yang menggunakan ciri Anti-Reverse Torque Slipper Clutch yang memberikan penukaran gear yang lebih lancar tanpa menyebabkan gelincir pada tayar. 

Dijana menggunakan enjin 197.75 cm3, ia mampu menghasilkan 15.46 kW dan daya kilas 18.0 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 7,300 rpm. 
 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual lima kelajuan dibantu dengan klac basah berbilang plet. 

Dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 12 liter, pengguna tidak perlu risau untuk mengisi bahan api dengan lebih kerap, terutama ketika perjalanan jauh.

Ia dijangka akan bersaing secara terus dengan Modenas NS200. 
 


Berikut merupakan spesifikasi TVS Apache RTR 200 4V. 

Enjin: 200c empat lejang silinder tunggal
Kuasa: 15.46 kW
Daya kilas: 18.0 Nm @ 7,300 rpm
Transmisi: manual lima kelajuan, klac basah berbilang plet
Rangka: Double Crade Split SynchroSTIFF
Suspensi hadapan: Teleskopik Fork
Suspensi belakang: Mono-shock
Tangki bahan api: 12 liter (simpanan 2.5 liter)
Kelajuan tertinggi: 129 km/j
Pecutan: 0-60 km/j dalam masa 3.9 saat
Harga: RM10,950


Manakala motosikal moped TVS Neo X3i pula dikuasakan oleh enjin 110 cc yang mampu menghasilkan kuasa 8.5 bhp dan daya kilas maksimum 8.5 Nm pada putaran enjin 4,500 rpm. 

Transmisi semi automatik clutch system pula membantu kuasa tersebut disalurkan dengan nisbah kelajuan sebanyak empat.
 


Antara ciri unik yang ada pada motosikap moped ini ialah ciri iCharge yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka dan ciri iEcono Technology untuk penjimatan bahan api sepanjang penggunaan di dalam bandar. 

Dengan rekaan yang serba moden, ia dijangka bakal memberikan pilihan kepada para pengguna motosikal moped di Malaysia. 


Berikut merupakan spesifikasi ringkas TVS Neo X3i

Enjin: 110cc empat lejang silinder tunggal
Kuasa: 8.5 bhp
Daya kilas: 8.5 Nm @ 4,500 rpm
Transmisi: Semi automatik clutch, 4 speed
Tangki bahan api: 4 liter
Suspensi hadapan: fork teleskopik
Suspensi belakang: Dual shock absorber, swing arm
Warna pilihan: Blue-black, red-black, Orange-black, green-black

Harga: dalam lingkungan RM4,000

Berita Berkenaan

Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Sukan Bermotor
Dikenali sebagai Petronas TVS Racing Team, bakal menampilkan reka bentuk baharu pada jentera…
Berita Global
Pembelian saham itu dilakukan menerusi TVS Singapura, anak syarikat TVS Motor Company dan ia…