TVS India beli syarikat basikal elektrik Switzerland

oleh HEZERI SAMSURI|
TVS Motor Company, syarikat motosikal India telah membeli majoriti saham EGO Movement, sebuah syarikat Eropah yang menghasilkan basikal elektrik.

EGO Movement yang berpengkalan di Switzerland terkenal dengan basikal-basikal elektrik gaya hidup dan TVS nampaknya mahu membabitkan diri dengan kenderaan mobiliti elektrik tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembelian saham itu dilakukan menerusi TVS Singapura, anak syarikat TVS Motor Company dan ia mengharapkan pelaburan itu mampu menjana pendapatan sebanyak USD100 -150 juta dalam masa lima tahun akan datang.

Sebelum ini, TVS membeli saham syarikat motosikal klasik Norton Motorcycles. Pembelian yang berlangsung dalam bulan Ogos 2020 itu menjadi berita besar di dalam dunia roda dua.

 

 

Basikal elektrik Ego Movement terkenal dengan konfigurasi "mid-motor" dengan sensor daya kilas, port USB pada bateri Li-ion yang boleh dicabut dan lampu LED automatik.

TVS pula mempunyai skuter elektrik sendiri, i-Qube yang dilancarkan awal tahun lalu. 

TVS juga adalah rakan teknikal untuk BMW Motorrad dan ia memasang model G310 untuk pasaran global.


*Gambar dan berita asal dari Gaadiwaadi.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Sukan Bermotor
Dikenali sebagai Petronas TVS Racing Team, bakal menampilkan reka bentuk baharu pada jentera…
Berita Global
Norton bermula dalam tahun 1898 ni Birmingham oleh pengasasnya, James Lansdowne Norton. CEO Norton…