Pasukan PETRONAS TVS Racing Team ditubuhkan

oleh Mohamad Hanif|
Petronas telah mencapai persetujuan dengan TVS Motor Company, pengeluar kenderaan dua dan tiga roda terkenal di India untuk menjadi rakan kongsi utama kepada pasukan pengeluar perlumbaan pertama India, TVS Racing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikenali sebagai Petronas TVS Racing Team, bakal menampilkan reka bentuk baharu pada jentera berkuat kuasa musim ini dan Petronas akan membekalkan minyak enjin berprestasi tinggi, Petronas Sprinta kepada pasukan pada perlumbaan motorsikal tempatan, supercross serta rali.

Perlumbaan berkenaan terdiri daripada Kejohanan Lumba Motosikal Kebangsaan India (INMRC), Kejohanan Supercross Kebangsaan India (INSC) dan Kejohanan Rali Kebangsaan India (INRC).

Kerjasama itu dilengkapkan dengan pakatan perniagaan strategik dengan PETRONAS Lubricants International (PLI) untuk membangunkan jenama minyak bersama - PETRONAS TVS TRU4 RacePro - yang tersedia untuk pengguna di seluruh India bulan depan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas Datuk Sazali Hamzah berkata mereka berbangga untuk menyokong cita-cita TVS Racing kerana pelincir Petronas mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam acara sukan permotoran global.

“PETRONAS terus membuat kemajuan di seluruh rantaian nilai di India.
 

TVS


“Antara contoh peningkatan portfolio yang ketara termasuk membekalkan LPG melalui IndianOil PETRONAS Pvt. (IPPL), penyediaan panel solar atas bumbung melalui AmPlus Energy dan hari ini, kami memeterai perkongsian lebih kukuh dengan satu daripada OEM (pengeluar peralatan asal) India paling dihormati, TVS Motor Company, dengan pelancaran PETRONAS TVS Racing Team,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas Datin Anita Azrina Abdul Aziz berkata, pihaknya sangat bermotivasi dengan projek berkenaan kerana ia memberi mereka satu lagi paltform untuk menguji keupayaan dan mewujudkan kesedaran tentang jenama dan falsafah Petronas kepada peminat sukan permotoran di India.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TVS Motor Company KN Radhakrishnan berkata mereka sangat gembira mendapat Petronas sebagai rakan kongsi kerana syarikat minyak dan gas terkenal itu hadir dengan penyelesaian teknologi progresif, disokong oleh kemenangan ketara dalam perlumbaan terkemuka.

“Saya yakin kepakaran global Petronas dan kehadiran mantap dalam sukan permotoran digabungkan dengan warisan perlumbaan mantap TVS Racing selama empat dekad akan membawa kami ke tahap lebih tinggi,” katanya.

TVS Racing, perintis dalam membina sukan permotoran di India sejak 1982 telah menjadi penting dalam mengembangkan budaya prestasi perlumbaan di sana termasuk mewujudkan pelbagai platform tunggangan untuk peminat muda meneroka prestasi perlumbaan dalam persekitaran menyeronokkan dan selamat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…