BMW bakal beri lebih fokus pada TVS India untuk motosikal elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW Motorrad akan memberikan lebih tumpuan kepada rakan niaganya, TVS Motor dari India dalam usaha syarikat motosikal Jerman itu menambah produk-produk elektrik mereka.

Buat masa sekarang, 12 peratus dari pengeluaran motosikal BMW dunia datang dari syarikat India itu dan ia bakal meningkat.

Tahun lalu, jualan motosikal BMW Motorrad mencecah 200,000 unit dan 2.5 peratus ialah dari model elektrik. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat pemasangan tunggal untuk motosikal BMW dengan voltan di bawah 11kW.

Ini ialah kerana untuk motosikal elektrik dengan voltan lebih tinggi, ia perlu dipasang di kilang BMW Motorrad di Jerman kerana perkongsian teknologi dengan kereta EV BMW.

Tahun hadapan, BMW akan melancarkan skuter elektrik CE 02 di Eropah. Dengan pek bateri 4kW dan jarak gerak 90 km serta kelajuan maksimum 90 kmsj, skuter e-Parkour itu akan dipasang di TVS Motor.

Berita lanjut di ET Auto.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…
Model Terbaharu
Hadir dengan kelebihan masing-masing, F900GS menjadi varian utama dan dikhaskan untuk penunggang…