Tuono V4, RSV4 1100 Factory 2020 kini dengan sistem suspensi semi-aktif, bermula dari RM121,000

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar tunggal motosikal berjenama Aprilia di Malaysia membawakan edisi terkini kepada dua jentera perlumbaan yang dinamik iaitu Aprilia Tuono V4 1100 Factory dan Aprilia RSV4 1100 Factory 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera supernaked Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2020 menampilkan beberapa perincian seperti penggunaan bahan gentian karbon, serta sistem suspensi semi-aktif yang dibangunkan oleh Öhlins sebelum ditala semula oleh para jurutera Aprilia.

Sistem suspensi elektronik termaju ini bukan sahaja meningkatkan prestasi dan kejituan pengendalian di atas litar mahupun di jalan raya, akan tetapi ia turut menyumbang kepada keselesaan tunggangan.

 


Antara ciri elektronik lain yang dilengkapkan termasuklah APRC advanced dynamic controls package, cornering ABS, ciri penukaran gear pantas, pit limiter dan cruise control.

Enjin yang digunakan adalah nadi bentangan V4 1,077 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 175 hp dan 121 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan bantuan klac slipper.

 


Sebuah lagi model yang dimaksudkan adalah Aprilia RSV4 1100 Factory 2020, membawakan enjin V4 bersudut 65 darjah yang serupa, namun dengan talaan kuasa sehingga 217 kuasa kuda dan daya kilas 122 Nm.

Bagi memberhentikan motosikal laju ini dengan mudah, Aprilia menggunakan sistem brek Brembo terdiri daripada angkup Brembo Stylema 4 piston dan cakera berkember 330 mm di hadapan, serta angkup terapung 2 piston dan cakera brek 220 mm tunggal, selain dilengkapi dengan sistem ABS Bosch 9.1 MP

Sistem ABS Bosch itu tadi turut hadir dengan fungsi cornering yang mampu dikombinasikan dengan mana-mana mod tunggangan (Sport, Track dan Race).

Seperti model Tuono V4 1100 Factory, pengendalian superbike ini dikendalikan oleh sistem suspensi semi aktif Ohlins yang menawarkan keselesaan tanpa mengorbankan prestasi tunggangan sebenar.

 


Harga jualan pula masih kekal seperti model 2019, di mana Aprilia Tuono V4 1100 Factory bermula dari RM121,000 manakala model Aprilia RSV4 1100 Factory pula bermula dari RM159,000.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…