DIDI RESOURCES MASIH KEKAL SEBAGAI PENGEDAR RASMI HARLEY-DAVIDSON

oleh Firdaus Razani|
Harley-Davidson umumkan Didi Resources kekal sebagai pengedar rasmi motosikal, alat ganti, aksesori, pakaian dan produk berlesen jenama tersebut untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar eksklusif jenama Harley-Davidson di Malaysia.

Didi Resources akan terus komited untuk menyampaikan pengalaman pelanggan Harley-Davidson yang diingini dan program berkaitan seperti H.O.G. (Kumpulan Pemilik Harley) di pasaran.

Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia dan India di Harley- Davidson, Sajeev Rajasekharan, “Sejak 2008, Harley-Davidson telah bertapak dan berkembang bersama komuniti penunggangan Malaysia, memanfaatkan minat mereka untuk motosikal dan jalan terbuka.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman Didi Resources dalam pasaran automotif Malaysia, kami akan bekerjasama rapat dengan mereka untuk terus menyampaikan pengalaman jenama Harley-Davidson kepada pelanggan kami,”katanya.

Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berharap dengan kerjasama jenama Harley-Davidson dapat membawa semangat pengembaraan yang sama kepada komuniti penunggang Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk memainkan peranan penting ini dan telah meletakkan pasukan tempatan yang lebih besar untuk memperkukuhkan lagi pembangunan dan program yang sejajar dengan Harley-Davidson, membawa nilai yang lebih besar kepada pelanggan,”katanya.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…