Perlu servis motosikal Kawasaki anda tapi tiada banyak masa untuk menunggu? Atau kesibukan kerja mengekang penghantaran sewaktu waktu pejabat? Tidak perlu risau, kerana anda boleh menghantar motosikal anda di luar waktu pejabat, dan meninggalkannya di sana untuk diservis atau dibaiki tanpa perlu menunggu di pusat servis ibu pejabat Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd yang terletak di Jln Jurunilai, Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Program "Early Bird" atau 'pendatang awal' mereka membolehkan anda meletakkan motosikal di dalam pagar terkawal, mengisi borang dan mencatat butiran keperluan perkhidmatan serta informasi hubungan, dan memasukkan kunci ke dalam sampul khas yang disediakan, untuk dimasukkan dalam kota "Early Bird". Pastikan anda ceraikan kad maklumat dengan nombor bersiri untuk simpanan anda. Pegawai Kawasaki akan menghubungi anda pada waktu pejabat hari berkerja berikutnya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan servis atau pembaikan anda.
Kawasaki Service Center Exclusive (KESC) melambangkan komitmen mereka kepada pelanggan di Malaysia untuk memastikan bahawa pemilik Kawasaki boleh menikmati sokongan selepas jualan yang sebaik mungkin. Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd percaya bahawa pelanggan mereka berhak mendapat yang terbaik.
Selain dilengkapi dengan alat-alat yang komprehensif dan pengalaman teknikal dan pengetahuan untuk memastikan bahawa motosikal anda menerima perhatian dan penjagaan yang sewajarnya, bilik menunggu berhawa dingin sepenuhnya disediakan dengan panel kaca yang jelas agar anda mampu melihat motosikal anda servis. Ia turut dilengkapi dengan televisyen, kemudahan internet dan bar kopi sementara menunggu motosikal anda untuk diservis.
Di KESC, anda juga boleh yakin bahawa hanya alatganti Kawasaki tulen dan pelincir yang bersesuaian digunakan.
Tunggang, tinggal dan tunggu dihubungi Kawasaki
Berita Berkenaan
Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal…
Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan…
“Pelaburan dalam bentuk motosikal retro atau klasik adalah lebih menguntungkan dan disamping itu,…