KMSB henti edar motosikal Kawasaki berkuatkuasa 1 Oktober

oleh Mohamad Hanif|
Pihak KMSB Sdn Bhd (yang sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd) secara rasmi mengumumkan penamatan operasi pengedaran motosikal jenama Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan penting melibatkan polisi pelaburan yang dibuat oleh Kawasaki Heavy Industry Ltd Japan (KHI) di Malaysia.

Ia juga turut melibatkan peningkatan ekuiti syarikat itu di dalam Modenas pada tahun 2019 sekaligus memberikan kesan kepada strategi pengedaran produk Kawasaki di Malaysia.

Berkenaan soal perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti serta tuntutan jaminan, jawapan tersebut akan diumumkan sendiri oleh pihak KHI dalam masa terdekat.
 

ninja

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu temubual ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan bertempat di…
Berita Domestik
Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal…
Berita Domestik
Malah, berdasarkan semakan di laman Facebook, mereka telah menukarkan alamat di mana ia merupakan…