Fakta menarik berkenaan sejarah jenama Kawasaki di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diketahui umum, KMSB Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (M) Sdn Bhd) telah pun mengumumkan penamatan operasi pengedaran bagi jenama Kawasaki di Malaysia berkuatkuasa 1 Oktober 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hak pengedaran tersebut kini dipenuhi oleh Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) yang berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Mungkin tidak ramai yang tahu, jenama Kawasaki sebenarnya telah pun bertapak lebih daripada tempoh 40 tahun di Malaysia.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas berkenaan sejarah jenama Jepun itu di Malaysia:

1. Pada pertengahan 1970-an, Danmotors Malaysia Sdn Bhd (Danish Motor) merupakan francais Kawasaki yang pertama ditubuhkan di Malaysia, dibantu oleh pemegang kepentingan East Asiatic Company, Med-Bumikar Mara dan Permodalan Nasional Berhad.

2. Danmotors Malaysia Sdn Bhd kemudian ditukar namanya kepada Kawamotors Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1985.
 

Kawasaki Sunrock


3. Disember 1987, Kawasaki Sunrock Sdn Bhd (KSSB) menjadi francais Kawasaki ketiga di Malaysia, dengan pemegang saham dipimpin oleh Raja Dato' Nong Chik bin Ishak, Tan Sri Yahaya bin Ahmad, Kawasaki Heavy Industries Ltd Japan, dan Nissho Iwai Corporation.

4. Sunrock merupakan terjemahan kepada nama Nissho Iwai. Nissho - Matahari. Iwai - Batu. Nissho Iwai sebenarnya merupakan gandingan nama dua orang.

5. KSSB memulakan operasi pemasangan model motosikal (CKD) bersesaran 80 cc hingga 150 cc, selain mengimport masuk model CBU lewat 1988, antara model yang popular seperti Kawasaki AR80, AN90, KS100 dan AR125.
 

KR


6. 1993, KSSB mendirikan kilang pemasangan motosikal di Pelabuhan Klang bagi memenuhi permintaan terhadap model K-1 115 cc, selain bertanggungjawab terhadap produksi ZZR 250, Eliminator 250, Vulcan 500 Cruiser, ZXR 250 dan sports bike lagenda KR 150.

7. Ketika MODENAS ditubuhkan pada lewat 1996 menerusi usaha sama antara Diversified Resources Berhad (DRB) dan KHI, perubahan polisi yang dibuat oleh KHI menjadikan peranan KSSB turut berubah - hanya menjual motosikal bukan moped dengan kapasiti 150 cc dan ke atas sahaja.

8. Krisis Kewangan pada tahun 1997 serta permintaan yang rendah terhadap motosikal besar mengakibatkan KSSB terpaksa menghentikan operasi pada tahun 1998, di mana daripada 400 tenaga pekerja terpaksa dikurangkan kepada 28 orang sahaja.

9. Antara tahun 1998 hingga 2004, KSSB memasuki fasa hibernasi.

10. Bermula tahun 2004-2007, KSSB akhirnya dibenarkan untuk membuat operasi CKD di premis Segambut.

11. Tahun 2007, KSSB memindahkan operasi dari Segambut ke fasiliti Glenmarie, Shah Alam yang lebih besar untuk pemasangan model motosikal berkapasiti 250 cc hingga 650 cc.

12. Pada ketika ini, Sojitz Corporation membuat keputusan untuk menjual ekuiti saham mereka kepada KHI, dan nama Sunrock tidak lagi digunakan. Disebabkan itu KSSB menukarkan nama mereka kepada Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB).
 

KMSB


13. Tanggal 10 Jun 2008 menandakan kelahiran semula Kawasaki Motors Malaysia dengan pembukaan pejabat dan fasiliti kilang baharu bertempat di Glenmarie, Shah Alam. Malah, mereka juga menggunakan tagline "Legend Reborn".

14. Dengan kemunculan semula itu, KMSB memfokuskan kepada pasaran motosikal premium, dan antara perubahan yang dibawakan termasuklah pengenalan kedai konsep Kawasaki Flagship Concept Store yang pertama, Kawasaki Display Corner, Kawasaki Exclusive Service Centre (KESC) serta Kawasaki Pit Stop Service Corner (KPS).
 

kawasaki


15. Selain memperkenalkan model-model popular seperti Ninja 250, ER-6n, Z250, Versys 650 dan Z800, KMSB juga turut membekalkan lebih 7,000 unit motosikal Kawasaki kepada agensi kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain-lain.

16. Tidak sekadar menjual motosikal termasuk superbike, KMSB juga turut melabur di dalam Kawasaki Technical Training Centre, kolaborasi bersama kolej teknikal bagi melahirkan mekanik dan juruteknik yang memiliki pengalaman secara langsung di pusat latihan KMSB dan di bengkel-bengkel.

17. Tidak ketinggalan, KMSB turut memperkenalkan Road Assist Program yang menawarkan bantuan tepi jalan 24 jam, tujuh hari seminggu serta khidmat tunda percuma sehingga jarak 600 km tanpa sebarang caj tambahan.

Sumber: KMSB

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu temubual ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan bertempat di…
Berita Domestik
Keputusan itu dibuat oleh barisan lembaga pengarah KMSB mengambil kira beberapa perkembangan…
Berita Domestik
Malah, berdasarkan semakan di laman Facebook, mereka telah menukarkan alamat di mana ia merupakan…