Jualan motosikal retro meningkat secara global semasa Covid-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya musim restorasi motosikal lama bukan hanya berlaku di Malaysia dan negara-negara jiran kita, tetapi ia adalah satu fenomena dunia.

Menurut Extreme Trading, sebuah syarikat UK yang khusus dalam penjualan motosikal klasik ke seluruh dunia, antara puncanya ialah kadar faedah rendah yang diberikan oleh bank ketika pandemik ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

“Pelaburan dalam bentuk motosikal retro atau klasik adalah lebih menguntungkan dan disamping itu, anda akan memiliki motosikal yang telah lama diidamkan,” terang Ciaran Perrin ketika sesi wawancara beliau bersama MCN (motorcyclenews.com).

“Model-model akhir 80-an dan juga model-model 2-lejang dalam tahun 90-an sekarang ini sangat popular.

Antaranya ialah Aprilia RS250, Yamaha TZR, Kawasaki KR-1, Suzuki RGV dan seangkatannya memang sedang panas,” sambung Perrin.

Adam Payne dari Start It Up Motorcycle & Performance di Norwich, UK juga bersetuju.

“Semasa pandemik bermula, saya telah berjaya menjual sebuah Yamaha RD350 dan sebuah Honda CBR900RR Fireblade!” Kata Payne.

Rakan Careta, Wataru Tanaka yang tinggal di Kuala Lumpur pula berkongsi maklumat bahawa Kawasaki Zephyr menjadi pilihan utama motosikal retro modern di Jepun sekarang.

“Kerana itu harga alat ganti untuk Zephyr semakin meningkat. Malah, kita akan mendapat untung lumayan jika kita mampu menjual Zephyr yang ada di Malaysia ke Jepun kerana harga tempatan untuk Kawasaki itu terlalu murah berbanding di Jepun,” terang beliau.

 

Di Malaysia, motosikal retro turut menjadi kegilaan dan model-model pilihan ialah jenis 2-lejang, seperti Yamaha RX-Z dan Suzuki Panther.

Model-model lama itu bukan lagi marhaen kerana harganya yang mencapai puluhan ribu.

“Semakin lama semakin ramai orang Malaysia sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk kenderaan yang perlahan. Ini bagus kerana ia juga bermakna semakin ramai yang menunggang secara perlahan,” terang rakan Careta yang tidak mahu dikenali atas dasar-dasar keselamatan diri dari direjam oleh netizen tempatan.

Hobi ialah sesuatu yang subjektif dan kerana itu, Careta rasakan ini adalah satu peluang perniagaan yag baik kerana superbike lama di Malaysia dijual dengan harga yang sangat rendah.

Jika kita boleh mengkesport motosikal-motosikal ini keluar, harganya boleh membeli sebuah atau dua buah RX-Z!

 

* Laporan berdasarkan artiekl di https://www.motorcyclenews.com/news/2021/february/80s-90s-collectables-investment-increase/

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Tidak seperti model moden Aston Martin, Valour sememangnya membawakan pendekatan yang lebih retro,…
Pelancaran
Daripada 1,923 unit sahaja yang dihasilkan untuk satu dunia, 10 unit disediakan secara eksklusif…