Triumph Motorcycles umum program lanjutan waranti

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Triumph Motorcycles Malaysia umumkan program lanjutan waranti bagi pelanggan dengan motosikal yang tempoh tamat warantinya terjejas semasa tempoh peralihan pengedar antara Januari dan April 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memahami kepentingan untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan meningkatkan kualiti servis selepas jualan, Triumph Motorcycles mengambil inisiatif tersebut bagi memastikan pelanggan yang terkesan menerima perlindungan waranti sepatutnya.

Program lanjutan waranti itu memberikan tambahan enam bulan perlindungan waranti sepanjang baki tahun 2023.

Pengarah Eksekutif Didi Group, Juan berkata, "Kami menghargai pelanggan kami dan ingin menangani sebarang kebimbangan atau kesulitan yang disebabkan semasa tempoh peralihan pengedar,"

"Dengan melanjutkan jaminan untuk pelanggan yang terjejas, kami berhasrat untuk menyediakan mereka dengan ketenangan fikiran dan menunjukkan komitmen kami terhadap pengalaman pemilikan mereka."

Untuk memanfaatkan lanjutan jaminan tersebut, pelanggan dterjejas perlu mengisi maklumat motosikal mereka pada borang khusus di laman web Triumph Motorcycles.

Wakil dari Triumph Motorcycles akan menghubungi pelanggan secepat mungkin bagi tindakan selanjutnya dan mengesahkan lanjutan jaminan bagi motosikal mereka.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Speed 400 dan Scrambler 400 X merupakan model serba baharu…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…