Royal Enfield Scram 411 - RM26,900, ini atau skuter 250 cc? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Walapun jenama Royal Enfield sudah dikirakan sebagai satu jenama motosikal yang kuat secara global, Royal Enfield masih meneruskan agenda "harga mampu" untuk mencapai objektif utamanya - memastikan lebih ramai dapat menunggang produk-produk mereka.

Terbaharu, Didi Group, pengimport dan pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia telah melancarkan model ADV urban mereka, Scram 411 yang menggunakan enjin 411cc selinder tunggal sejukan udara DOHC yang menghasilkan 24.3 bhp dan 32Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan jarak lega bumi setinggi 200 mm, sistem gantungan fork teleskopik 44 mm di hadapan yang mampu bergerak sebanyak 190 mm dan sambungan monoshock di belakang dengan gerakan 180 mm, ia mempunyai bentuk sebuah scrambler modern tetapi khusus untuk tunggangan urban.

 

 

Ia juga dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran (depan dan belakang) serta tayar dual-purpose bagi melengkapkan ciri scrambler urban yang memang sedang trending sekarang.

Roda 19-inci di hadapan dan 17-inci di belakang melengkapkan lagi motosikal serba modern dari Royal Enfield ini. Paparan meter pula adalah gabungan analog dan digital dalam bentuk ringkas dan mudah dibaca.

Seperti motosikal genre urban yang lain, ia datang dalam tujuh warna dan tiga varian, serta 19 aksesori tambahan untuk motosikal dan penunggangnya.

 

 

Harga pula ialah RM26,900 untuk varian Base, RM27,100 untuk Mid dan RM27,400 untuk Premium. Perbezaan antara kesemua varian yang terhad kepada warna sahaja sebenarnya.

Dengan harga serendah itu, ia memungkinkan mereka yang mahukan sebuah motosikal urban untuk merasai produk jenama global kerana dalam julat harga itu, apa yang ada di dalam pasaran sekarang ialah skuter-skuter Jepun dan China dengan kapasiti 250 cc serta motosikal-motosikal saduran dari China.

Kelebihan jenama global ialah ia mempunyai kualiti dan teknologi terkini, sokongan alatganti yang meluas (penting ketika mengembara) dan aksesori-aksesori dari sumber yang jauh lebih banyak dan berkualiti.

Jadi, motosikal gaya adventure ini atau sebuah skuter? Kongsikan pilihan anda dengan Careta!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…