Pusat 3S Vespa dan Aprilia kini dibuka di Alor Setar, Kedah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengedar rasmi bagi jenama Vespa dan Aprilia di Malaysia meluaskan lagi rangkaiannya di utara tanah air dengan pembukaan pusat 3S baharu melalui rakan peniaganya, Chin Hin Jitra Motors (CHJ Motors).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S baharu itu menampilkan ruangan pameran yang menawarkan barisan model Aprilia dan Vespa termasuk pelbagai jenis aksesori untuk penunggang.

 

2

 

Menjadi pusat 3S pertamanya di Kedah, ia turut menyediakan ruang servis bagi memenuhi keperluan pemilik-pemilik model Aprilia dan Vespa, terutama sekali di sekitar Alor Setar dan kawasan sekitarnya.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo berkata, "Bagi Didi, pelancaran pusat 3S CHJ Motors menandakan peristiwa penting kerana ia menjadi bilik pameran 3S Vespa dan Aprilia pertama di Kedah."

 

3

 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Chin Hin Jitra Motors kerana membawa jenama Vespa dan Aprilia di Kedah, yang akan membantu kami mengukuhkan lagi kedudukan di Malaysia."

Pembukaan bilik pameran itu juga mencerminkan pengukuhan rangkaian pengedar Vespa di Malaysia."

 

4

 

Bagi meraikan pelancaran pusat 3S itu, CHJ Motors telah memperkenalkan tawaran istimewa kadar faedah rendah sebanyak 8.88 peratus apabila anda membeli motosikal Vespa dan Aprilia, dimana ia berlangsung selama 3 bulan.

Sempena ulang tahun ke-50 CHJ Motors juga, mereka turut mengumumkan lanjutan Kempen Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-50 CHJ Motors “Anda Beli, Kami Payung!”, yang pertama kali dilancarkan pada Januari 2023.

 

6

 

Pemenang kempen itu berpeluang menikmati faedah luar biasa sebanyak 100% pulangan tunai, dimana pemenang akan menerima bayaran balik wang pendahuluan yang lengkap.

Bahasa mudahnya, anda akan menerima motosikal percuma dimana CHJ Motors akan menampung pembayaran penuh, membolehkan pelanggan memiliki motosikal secara percuma!

 

4

 

Bagi pelanggan sedia ada yang telah memiliki barisan model Aprilia dan Vespa, mereka kini boleh menikmati pakej servis dan khidmat selepas jualan di CHJ Motors beralamat di 1001 & 1002-A, Kompleks Sri Putra, Seberang, Jalan Putra, 05150, Alor Setar, Kedah.
 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tampil dengan gaya klasik bersama ciri moden, Bullet 350 untuk pasaran Malaysia hadir dengan versi…
Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…