Royal Enfield gabung dengan AlpineStars untuk hasilkan koleksi pakaian menunggang

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat motosikal terkemuka India, Royal Enfield akan bergabung dengan jenama pakaian menunggang premium dari Itali, AlpineStars untuk menghasilkan barisan pakaian menunggang bagi jenama motosikal tersebut.

Koleksi pakaian itu termasuklah jaket dan seluar menunggang dengan perlindungan terbina di dalam serta sarung tangan yang melepasi piawaian keselamatan global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gabungan ini adalah antara usaha Royal Enfield untuk memastikan jenama motosikal itu lebih menyerlah di pasaran dunia. Ia akan bermula di pasaran India, dan juga di laman membeli belah atas talian Amazon serta di laman web Royal Enfield sendiri.

Dalam masa yang sama, Royal Enfield melaporkan jualan motosikalnya meningkat untuk bulan April sebanyak 17 peratus. Jumlah eksport dari kilangnya di Chennai ke pasaran global turun naik dari 4,509 unit kepada 8,303 unit bulan lalu, berbanding dengan bulan sebelumnya.

Di Malaysia, Royal Enfield kini diedarkan seczra rasmi oleh Didi Automotive, sebuah syarikat dari Sarawak yang turut memegang hak pengedaran rasmi untuk jenama Harley-Davidson, Vespa, Aprilia, Moto Guzzi dan Piaggio bagi pasaran tempatan.

Di bawah ialah laporan tunggang uji video Royal Enfield Continental GT dari saluran YouTube Careta TV.
 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…