Triton Absolute - pencabar Ranger Raptor sudah mari!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda sudah mempunyai uang yang cukup untuk menyambar model ini, tunggu dulu kerana model yang bakal berentap menyaingi Ranger Raptor ini hanyalah sekadar konsep semata-mata. 

Dinamakan sebagai Triton Absolute, trak pikap yang agresif ini bakal dibawakan sebagai bahan pameran selama 12 bulan, bermula di acara Bangkok International Motor Show 2019 ini bagi menarik perhatian umum.

Jika respons daripada umum adalah menggalakkan, ia bakal menguasai jalanan dalam tempoh masa setahun dari sekarang. 

 


Jadi, benarlah tekaan yang kami buat beberapa hari yang lalu, Triton Absolute ini benar-benar menjalani proses modifikasi dengan jarak kelegaan dari tanah 50 mm lebih tinggi berbanding Triton standard. 

Ketinggian ini juga turut disumbangkan oleh penggunaan tayar jenis all-terrain, dengan jarak antara roda kiri dan kanan juga telah dilebarkan bagi menambah-baik keupayaan off-road. 
 


Selain daripada itu, Triton Absolute ini juga menerima pemakaian kit badan yang lebih agresif, pelindung bumbung yang menampilkan lampu jenis LED dan tempat berpaut tangan berwarna merah. 

Setakat ini Mitsubishi masih lagi berahsia dengan nadi enjin yang bakal menghuni ruang hadapan Triton ini, akan tetapi mereka memberitahu bahawa aspek pengendalian dan pemanduan telah ditambah baik. 
 


Mitsubishi Triton 2019 dijana enjin 2.4 liter MIVEC yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm daya kilas, dengan kuasa tersebut disalurkan kepada empat buah roda menerusi transmisi automatik enam nisbah kelajuan. 

Atas kertas, angka tersebut tidak lari begitu jauh akan tetapi MMC perlu bekerja keras untuk memberikan saingan kepada Ranger Raptor yang berkuasa 213 PS, daya kilas 500 Nm dan transmisi 10 kelajuan itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Pelancaran
Sime Darby Auto Connexxion (SDAC), pengimport dan pengedar tunggal Ford untuk Malaysia membawa…
Berita Global
Model yang paling berkuasa, Ranger Raptor boleh didapati dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin…