Transformasi Hyundai Accent ke Mustang 1969 oleh Dream Customs India

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, kami telah pun menyiarkan sebuah projek transformasi daripada Honda Civic bertukar menjadi Lamborghini Aventador, dan kepakaran syarikat Dream Customs India dibuktikan sekali lagi menerusi projek terbaharu mereka - Hyundai Accent yang diberikan kulit baharu Ford Mustang 1969!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekali imbas, anda sememangnya tidak akan menyangka ia adalah asalnya sebuah kereta murah Hyundai Accent, di mana Dream Customs India telah berjaya menghasilkan rekaan luaran yang 'hampir' menyamai kereta Mustang yang sebenar.

Namun jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat beberapa bahagian yang masih lagi memerlukan hasil kerja yang teliti, diikuti dengan rekaan rim yang nampak tidak kena langsung...

 


Ruang kabin juga turut memperlihatkan beberapa elemen asal Mustang cuba untuk dimuatkan seperti rekaan papan pemuka 'double hoop' namun jika dilihat dengan lebih teliti, konsol tengah, roda stereng, paparan meter masih lagi mengekalkan rekaan daripada Hyundai.

Pihak Dream Customs India juga tidak memperlihatkan apakah unit enjin yang dimuatkan dalam perut 'Mustang' ini, namun besar kemungkinan ia masih lagi mengekalkan unit enjin asal yang memacu roda hadapan.

 


Bagi anda yang 'berkemampuan', pihak Dream Customs India sedia untuk menerima tempahan dengan masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…