Pengarah JSJ - 'Haramkan alat ganti motosikal yang dimodifikasi'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Barangan modifikasi termasuk ekzos motosikal perlu diharamkan dijual di mana-mana premis di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, beliau secara peribadi berpendapat alatan modifikasi itu hanya mengundang kepada aktiviti lumba haram.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan undang).

"Sebagai YB (Yang Berhormat), saya mohon ini harus berhenti. Kita kehilangan anak muda pada usia yang tidak sepatutnya atas sebab-sebab tidak sepatutnya.

"Motosikal tidak boleh dimodifikasi. Paip bising jangan dijual lagi, namun itu semua hanya boleh dilakukan dengan keputusan ahli-ahli politik yang membuat undang-undang," katanya pada program Town Hall di Dewan Persatuan Hokkien Klang, pada Isnin.

Mohd Shuhaily turut mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah 40 tahun memerangi mat rempit tetapi, makin terkebelakang dari segi penguatkuasaaan.

"Kita makin lama makin terbelakang dalam menguatkuasakan undang-undang, kalau dulu, kita akan tahan semasa 'racing' (berlumba), lama-lama dia langgar saya, dua-duanya mati," katanya dalam laporan di Sinar Harian.

Beliau berkata, polis mengambil keputusan supaya tidak menahan penunggang motosikal semasa 'racing', sebaliknya selepas habis berlumba.

Mohd Shuhaily turut berkongsi pengalaman peribadi yang terkesan dengan kejadian melibatkan kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu yang meragut lima nyawa pada 17 Julai 2022.

Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut ahli keluarga menidakkan si mati terlibat dalam aktiviti mat rempit (lumba haram).

"Sepanjang saya menjadi Ketua Polis Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, ahli keluarga tidak akan mengaku yang anaknya merempit," tegasnya.

Mohd Shuhaily menegaskan pentingnya kepekaan ibu bapa dalam bersama-sama menangani isu lumba haram ini.

"Ibu bapa beri kebebasan membeli, mengubah suai motosikal dan (beli) alat ganti yang tidak tahu di mana puncanya. Sifat motosikal yang pergi merempit ini adalah jelas ( untuk berlumba).

"Tetapi kalau peranan masyarakat tidak mahu menguatkuasakan (pengharaman alat modifikasi) itu, jadi selagi itu anak muda sampai bila-bila (lumba haram)," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Shuhaily memaklumkan daerah Klang menjadi destinasi pertama lawatan kerjanya pada tahun ini susulan kenaikan indeks jenayah.

"Saya pilih Klang sebagai lawatan pertama saya tahun ini sebab indeks atau jenayah seluruh negara semakin meningkat, bukan Klang sahaja (jenayah meningkat)," katanya.

Shuhaily berkata, difahamkan penduduk Daerah Klang mencecah 1.2 juta orang dan beliau mahu mendengar keluhan dan aduan daripada masyarakat.

Berita Berkenaan

Informasi
Selebriti Noor Neelofa Mohd Noor telah meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutif di…
Informasi
  Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, konglomerat automotif itu berkata Wan Zulkiflee mempunyai…